Bila menggoreng atau menumis biasanya bukan saja dapur, malah ruang tamu sekali akan berbau masakan. Lagi pula jika rumah tiada kitchen hood.
Nak hilangkan bau ini memang ambil masa juga. Selain beli pewangi, ada cara semula jadi boleh kita gunakan untuk nyahkan aroma masakan yang memenuhi ruang rumah selepas memasak.
Caranya, cuma rebus empat bahan berikut dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.
Tip hilangkan bau masakan untuk rumah tiada hood
Bagi rumah yang tiada kitchen hood boleh gunakan tip ini untuk hilangkan bau selepas memasak. Selesai memasak, waktu mengemas dapur boleh terus rebus empat bahan ini.
Bahan-bahannya;
-Lemon
-Rosemary (yang kering pun boleh)
-Cengkih
-Kayu Manis
Rebus dalam 10-15 minit, guna api yang kuat agar wap naik ke seluruh rumah. Kemudian tutup api biar sejuk.
Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol semburan dan boleh digunakan sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.
Selamat mencuba.
Sumber: Sharifah Nursakinah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.