Dalam satu perkembangan terkini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk memudahkan pemegang lesen motosikal Kelas B2 yang ingin menaik taraf kepada Kelas B.
Memetik laporan Astro Awani, perkara tersebut bakal dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak berkuasa terlibat sebelum keputusan akhir diumumkan.
Salah satu syarat utama yang akan dipertimbangkan adalah umur pemohon, di mana individu yang berumur 35 tahun ke atas akan mendapat kelebihan. Selain itu, tempoh pemegang lesen B2 juga akan menjadi faktor penentu. Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemegang lesen B2 yang telah memegang lesen untuk satu tempoh tertentu baru akan layak untuk dinaik taraf kepada lesen Kelas B.
Beliau menjelaskan, “Apa yang kami bincangkan ada tempoh tertentu. Pertama dari segi umur pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas. Kedua, memegang lesen B2 untuk satu tempoh tertentu, baru lah layak untuk mendapat lesen B.”
Keputusan akhir mengenai rancangan ini akan diputuskan dalam mesyuarat terperinci antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT). Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut hadir dalam Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia.
Walaupun rancangan ini mendapat sokongan dari beberapa pihak, agensi di bawah Kementerian Pengangkutan seperti JPJ dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menghadapi keberatan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan bahawa kebimbangan tersebut berkaitan dengan implikasi keselamatan terhadap pengguna jalan raya. Dengan ini, kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangan lanjut mengenai cadangan kemudahan ini dalam dunia pemanduan Malaysia.
Baca: Pembaharuan Cukai Jalan dan Lesen Memandu Malaysia Kini Lebih Mudah Melalui Aplikasi MyJPJ
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.