Air Liur Bayi Asyik Meleleh Bukan Sebab Tak Dapat Makanan Masa Hamil, Ini Sebabnya!

Awak dulu ada mengidam apa-apa ke? Ada ke makanan apa yang awak tak dapat makan?Persoalan sebegini selalu kita dengar daripada mak ayah kita mengenai lelehan air liur anak. Itu kata sesetengah mitos. Namun benarkah begitu? Adakah air liur bayi meleleh itu normal?

Air liur bayi yang meleleh keluar sebenarnya menunjukkan beberapa petanda. Pun begitu, mak ayah tidak perlu terlalu panik sekiranya ia berlaku kepada bayi anda kerana ia adalah normal!

Keadaan ini dikenali sebagai ‘baby drooling’ dan ia biasa terjadi kepada si kecil yang berusia 2 tahun ke bawah terutamanya semasa umur 3 hingga 6 tahun.

Ini kerana ketika ini mereka masih belum dapat mengawal otot yang terdapat pada tubuh badan termasuklah otot mulut lantas menyebabkan keadaan ini berlaku.

Namun ibu bapa masih perlu berwaspada dan jangan ambil mudah kerana ia juga mungkin adalah simptom beberapa kondisi kesihatan yang tertentu.

Air liur bayi tanda si manja mahu tumbuh gigi?
Jawapannya adalah ya, memang benar baby drooling akan berlaku kepada bayi yang mahu tumbuh gigi. Proses ini dinamakan sebagai ‘teething’ dan air liur dipercayai diperlukan untuk melembutkan gusi bayi.

Jika ini adalah puncanya, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan kerana ia adalah antara proses tumbesaran dan perkembangan bayi yang normal.

Bukan untuk tujuan melembutkan gusi sahaja, ibu bapa juga perlu tahu bahawa air liur atau saliva bayi mempunyai beberapa fungsi yang lain iaitu:

* Melembutkan makanan berbentuk pepejal
* Mengasingkan sisa atau baki makanan
* Memudahkan bayi menelan makanan dan minuman
* Memastikan mulut bayi tidak kering
* Melindungi gusi dan gigi bayi yang baru tumbuh

Pun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang mengakibatkan keadaan ini berlaku termasuklah:

* Keracunan
* Jangkitan pada mulut, tekak, lidah, gusi atau sinus
* Alahan susu atau makanan
* Tercekik susu atau makanan
* Pengambilan ubatan tertentu
* Pedih ulu hati
* Asid refluks (GERD)
* Tonsilitis (keradangan pada tonsil)
* Epiglottitis (keradangan pada epiglotis)
* Sawan

Ataupun, ia juga mungkin merupakan petanda si manja anda menghidap penyakit lebih bahaya seperti:

*Autisme
*Down syndrome
*Cerebral palsy
*Bell’s palsy
*Mononucleosis
*Multiple sclerosis
*Parkinson
*Strok

Sekiranya baby drooling adalah disebabkan oleh proses teething, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan. Ibu bapa mungkin boleh membantu si manja mengurangkan rasa tidak selesa dengan memberi teething ring atau puting palsu untuk mereka menggigit atau mengunyah.

Ini kerana ia sudah menjadi refleks semula jadi di mana si manja akan terasa mahu mengigit atau mengunyah apa-apa sahaja objek yang masuk ke dalam mulutnya.

 

Lebih-lebih lagi jika gigi susu mereka mula menujah naik ke gusi, mungkin si manja akan berasa sedikit gatal, sakit atau tidak selesa dengannya. Akan tetapi, lain pula ceritanya jika keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti yang kami senaraikan di atas tadi.

Jika mak ayah rasa tidak tahu atau tidak yakin dengan punca sebenar air liur bayi asyik meleleh, segera berjumpa doktor pediatrik untuk sesi konsultasi dan rawatan lanjutan.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

 

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply