Peti Ais merupakan satu keperluan perkakasan dapur di rumah. Ada pelbagai jenis, jenama dan warna. Rona hitam selalunya menjadi pilihan ramai, ia nampak lebih eksklusif dan cantik.
Namun demikian, warna ini mudah meninggalkan kesan kotoran, cap jari dan kesan air pada permukaan peti sejuk. Ada caranya untuk ‘polish’ Peti Ais jadi bersih, cantik berkilat macam baru keluar kilang.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Muhammad Faris Abdullah ini.
Selalu para isteri kat rumah suka nak beli peti ais warna hitam ni. Katanya cantik.Tapi nak beli peti ais warna hitam ini ada harga kos maintenancenya iaitu masa dan tenaga.
Macam orang pompuan nak cantik kenalah make up gincu foundation bedak primer dan lain-lain.Nak maintain peti ais warna hitam premium ni pun kenalah rajin buat glass cleaning.
Kalau tak buat glass cleaning memang penuh finger print dan watermark. Dan nak bersihkan peti ais hitam premium ni tak boleh pakai air paip sahaja nanti penuh watermark.
Kena la pakai glass cleaner yang sesuai barulah bersih berkilat hitam premium.
Saya pakai glass cleaner biru kuat Harimau ni je memang ngam cantik kilat.
Before orang rumah bersihkan pakai air paip dan kain buruk je memang sakit mata penuh watermark.
Bahan Diperlukan:
Cara Membuat:
1. Spray glass cleaner pada tissue bersih. Nak pray direct terus pun boleh.
2. Ratakan gosok pada pintu peti ais.
3. Ambil tissue kering dan polish sehingga berkilat.
Fuhhh hasilnya macam baru keluar kilang.
Bila peti ais cantik barulah isteri sayang.
Sekian tips saya polish peti ais pagini.
Selepas glass cleaning. Bersih berkilat.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Modal Tak Sampai RM20 Untuk Baik Pulih Peti Ais Yang Kurang Sejuk
Baca Lagi Di Sini:Mudah Hilangkan Dan Cegah Bau Busuk Peti Ais Dengan 5 Bahan Dapur Ni
Artikel Menarik:Peti Sejuk Ada Calar & Kemek, Tutup Segala Cela Dengan Menggunakan ‘Fridge Magnet Miniature’ Yang Comel Ini!
IMPIANA: Jadi jika menggunakan peti ais warna hitam di rumah, boleh bersihkan ia jadi cantik berkilat ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Muhammad Faris Abdullah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.