Rekaan Baju Songket Ditenun Oleh Banduan Di Marang

SeriGreen melancarkan acara seni sulungnya, “Sidang di Telang,” menampilkan pameran seni secara terbuka serta koleksi lukisan baharu Jailani Hassan bertajuk “Bunga Rasa Seranum Kata” dan dikendalikan oleh pengasas SeriGreen, Jamaliah Hamdan.

Pameran Terbuka Serta Peragaan Baju Bermotifkan Bunga Telang Dan Bunga Lado

Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Dato’ Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja’afar turut hadir bagi merasmikan acara ini.

Jamaliah Hamdan berkata, motif bunga telang telah digunakan di dalam koleksi fesyen yang direka oleh pereka fesyen, Anuar Faizal bagi mengangkat flora yang cukup terkenal dikalangan masyarakat melayu.

“Kita dapat lihat karya-karya lukisan dari Jailani Hassan yang dipamerkan disini, selain itu pelbagai fesyen dari telekung, pakaian kasual, pakaian berkebun dan sebagainya direka oleh pereka fesyen terkenal membangkitkan motif bunga telang.

“InsyaAllah koleksi-koleksi ini akan dibawa ke pertunjukan CIMB ARTOBER 2024 pada bulan Oktober nanti dan perancangan untuk komersil juga bakal disusun selepas ini, saya pasti motif bunga telang akan mendapat perhatian” ujarnya.

Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Dato’ Seri Jawahir menambah, Negeri Sembilan akan dihidupkan semula dengan bermotifkan ‘bunga lado’, iaitu antara sembilan identiti di negeri ini.

“Setiap luak di negeri ini ada identiti tersendiri, tetapi asasnya tetap bermotifkan bunga lado, reka bentuk itu mengikut ukiran seni dan identiti luak masing-masing,” katanya.

          

Jelasnya, bunga lado melambangkan keunikan Negeri Sembilan yang sinonim dengan masakan pedas manakala ciri-ciri bunga itu ialah berwarna putih, mempunyai kelopak daun, lima stamen dan stigma.

Rekaan Baju Songket Ditenun Oleh Banduan Di Marang

Pereka fesyen, Anuar Faizal turut menjelaskan bahawa songket bunga lado itu akan ditenun oleh banduan Penjara Marang yang cukup terkenal dengan hasil tenunan yang berkualiti tinggi.

“Kami turut mengambil inisiatif untuk turun ke penjara Marang bagi merendahkan harga tenun supaya lebih ramai orang akan mampu membeli”

“Bukan itu sahaja, projek ini juga turut melibatkan banduan di mana mereka ditugaskan untuk menenun kain songket ini”

“Jadi projek khas ini akan turut membantu mereka yang berada di penjara sekaligus memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tradisi”

Artikel berkaitan: Pernah Buka HIJAB Gara-Gara Dapat Tawaran Tinggi, Anne Ngasri MENYESAL & Terus ISTIQOMAH Hingga Kini

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply