Melaka Sesak Minggu Ini, 20000 Pengunjung Dijangka Sambut Hari Malaysia

Dua hari sebelum sambutan Hari Malaysia 2022 pada Jumaat ini, rakyat sedang berkira-kita untuk menggunakan cuti awam untuk meraikan tarikh bermakna itu.

Uniknya mengenai sambutan tahun ini yang bakal diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang terletak di bandaraya Melaka, seramai 20,000 pengunjung dijangka bakal hadir memeriahkan dengan tema pakaian era 50-an dan 60-an yang ditetapkan.

Wah! Mesti berwarna-warni kan suasana di sana.

Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandaraya Melaka.

Bukan itu saja, lagu istimewa berjudul ‘Bertuah Negaraku’  berkonsep Dikir Barat juga telah dicipta dan akan dipersembahkan Jumaat ini oleh Akademi Arjunasukma.

Bercakap kepada rakan media, Pengarah Urusannya Abe Yie atau nama sebenar Mohd Sulhie berkata, persembahan itu akan melibatkan 10 pemuzik dikir barat termasuk pemain rebana ibu dan anak, gong dan canang serta ‘jogho’ (penyanyi) daripada Akademi Arjunasukma.

‘Bertuah Negaraku’ difahamkan mengandungi mesej kebangkitan negara dalam Fasa Peralihan ke Endemik selepas Malaysia berdepan cabaran wabak Covid-19 sepanjang dua tahun lalu.

“Ketika pandemik berlaku, semua orang dalam keadaan sukar. Ada yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Namun, Malaysia kembali bangkit atas kecekapan pimpinan negara menyelesaikan masalah berkaitan,” katanya kepada Bernama.

Haa, ada di antara korang yang merancang ke Melaka untuk sambutan Hari Malaysia pada minggu ini?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply