Tan Rouxin baru berada dalam tingkatan empat, namun dia membuktikan yang usia bukanlah penghalang untuk berjaya. Merupakan anak kelahiran Johor Bahru, atlet yang mewakili negeri Johor Darul Takzim ini mempamerkan aksi cemerlang yang membanggakan.
Dia berjaya merangkul enam emas dalam acara 50m kuak dada, 100m kuak dada, 200m kuak dada, 100m kuak lentang, 200m kuak lentang dan 200m rampaian individu selain memperoleh satu pingat perak dan satu pingat gangsa untuk dua lagi acara berbeza.
Bercakap kepada media, gadis yang lincah di kolam renang ini seolah-olah tidak percaya dengan pencapaian yang digenggam.
“Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong dan sentiasa berada di belakang saya selama ini. Kejayaan kali ini juga sangat tak disangka-sangka. Dengan enam pingat emas pada penampilan pertama saya di SUKMA, ia adalah perkara luar biasa. Saya sendiri tidak percaya,” ujarnya.
Sebagai seorang atlet, semestinya gadis ini memiliki impian untuk bertanding di pentas yang lebih besar. Kongsinya, “Selepas ini saya mahu melayakkan diri ke Sukan SEA Kemboja tahun depan kerana itu adalah harapan terbesar saya setakat ini.”
Artikel berkaitan: Raih 9 Pingat Emas, Fakhrullah Rumaize Diangkat Sebagai Olahragawan SUKMA 2022
Ternyata impiannya itu bakal menjadi kenyataan apabila kecemerlangannya mendapat perhatian Persatuan Renang Malaysia (MS). Dengan kejayaan yang membanggakan ini Tan Rouxin sudah mula diintai oleh MS untuk disenaraikan dalam skuad Sukan SEA 2023.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung MS, Mae Chen dalam satu temubual bersama media. Dia memberitahu bahawa pihaknya sedang menimbangkan untuk membawa masuk atlet berusia 16 tahun itu ke dalam skuad kebangsaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.