Satu persatu anak Malaysia membanggakan negara di persada dunia. Terbaharu, atlet pecut asal Sarawak, Jonathan Nyepa telah berjaya merangkul pingat emas acara 100m di Kejohanan Olahraga Asia Tengah 2022 yang berlangsung di Samarkhand City, Uzbekistan.
Atlet berusia 26 tahun itu menulis menyambut kejayaannya dengan penuh kesyukuran.
Tulis Jonathan dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya, “Syukur puji Tuhan. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya dan saudara saya yang telah mendoakan kejayaan saya.
“Dan tidak lupa juga, saya ingin berterima kasih kepada jurulatih saya M. Balamurugan yang selama ini telah banyak membantu saya dari awal sampai sekarang, walaupun beberapa bulan kebelakangan ini saya terpaksa berlatih sendiri tanpa pemantauan beliau di sisi.
“Akhir sekali, kepada semua yg telah memberi sokongan dan ucapan tahniah kepada saya, Anda semua memang terbaik! God bless.”
ARTIKEL BERKAITAN: Dua Remaja Asal Borneo Dinobat Sebagai Olahragawan & Olahragawati MSSM 2022
Dalam acara tersebut, Jonathan berjaya mencatat masa 10.55 saat untuk merangkul pingat emas. Menjadikan kejayaannya untuk Malaysia lebih manis apabila rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 10.74 saat.
Pingat gangsa acara pula dimenangi atlet Turkmenistan, Alisher Sadulayev selepas mencatat masa 10.80 saat.
Kejohanan antarabangsa tersebut disertai lebih 230 orang atlet dari tujuh negara dalam pelbagai acara balapan dan padang yang telah berlangsung pada 24 hingga 25 September 2022 yang lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.