Lagu Wau Bulan Berkumandang Dengan Bangganya Di Stesen Janakuasa Battersea UK

 

Selepas melalui proses baik pulih dan transformasi selama lapan tahun, mercu tanda terkenal dunia di United Kingdom; Stesen Janakuasa Battersea London akhirnya telah dibuka kepada orang ramai sejak Jumaat 14 Oktober lalu.

Majlis perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah baru-baru ini juga disertai oleh Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

 

Tikar jerami bercorak sauh,

Diikat-ikat anak nelayan,

Bertandang kami ke tempat yang jauh,

Tekad dan muafakat resepi kejayaan. 

(Pantun yang dibacakan oleh Ahmad Zulqainain Onn sewaktu pelancaran).

 

Sumber Foto : The Edge Markets

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai usaha konsortium pelabur Malaysia yang terdiri daripada SP Setia (40 peratus), Sime Darby Property (40 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (20 peratus) untuk membangunkan semula Stesen Janakuasa Battersea yang sekian lama terbiar di London ini.

ARTIKEL BERKAITAN : IKONIK! Jalur Gemilang Kembali Berkibar Di Battersea Power Station UK – REMAJA

Kini, projek yang menggabungkan aset kediaman, kedai, restoran, pejabat, lokasi kebudayaan dan tempat riadah ini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Berhad dan KWSP.

Apple khabarnya telah mengambil ruang pejabat seluas 500,000 kaki persegi setinggi enam tingkat dan akan memindah masuk kakitangannya di seawal 2023.

Selain itu, bangunan ikonik ini juga dijangka menempatkan jenama antarabangsa seperti Nike, Mulberry, Teori, Lacoste, Ralph Lauren, Aesop, Space NK, Hugo Boss, Jo Malone London, Uniqlo, Mango ZARA dan ZARA Home di laluan utama Electric Boulevard.

Ramai yang pernah mengatakan projek ini mustahil untuk dilaksanakan, ada juga yang menanti sahaja detik kegagalan di tengah-tengah proses transformasinya. Namun lihatlah bagaimana Stesen Janakuasa Battersea akhirnya berjaya dihidupkan semula untuk kebaikan generasi akan datang.

Menariknya, bahagian selatan Stesen Janakuasa Battersea ini menempatkan dataran awam Malaysia Square yang telahpun dibuka secara rasmi dan ia dihadiri oleh media Malaysia yang menjadi antara yang pertama diberi lawatan ke bangunan yang diubah suai oleh arkitek Wilkinson Eyre ini.

Acara perasmian itu turut dihidangkan dengan persembahan koir lagu rakyat dari Pantai Timur Malaysia, Wau Bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haliza Hashim-Doyle (@halizahashimdoyle)

Pastinya, ia sedikit sebanyak mengubat rindu rakan media Malaysia yang berada di sana apabila mereka juga turut sama menyertai pasukan koir menyanyikan lagu klasik tersebut; malah ada juga yang menitiskan air mata kerana perasaan rindu terhadap tanah air yang mendalam berbaur rasa bangga melihat kejayaan Malaysia di bumi London.

Media Malaysia juga dibawa ke bahagian komersil dan runcit, KOA Residential Tour dan merasai pengalaman lif kaca yang dipasan dalam cerobong belah barat laut, Lift 109 yang menawarkan panorama London pada ketinggian 109 meter.

SUMBER : BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply