Raih Gangsa Di Kejohanan Olahraga Asia Di Kuwait. Pengiran Aidil Auf Cemerlang Cipta Rekod Peribadi

Nama Pengiran Aidil Auf menjadi popular ketika dia menampilkan pencapaian cemerlang di Kejohanan Olahraga MSSM 2022 yang berlangsung September lalu. Anak jati Sabah yang berusia 16 tahun ini sekali lagi menonjolkan kecemerlangannya, kini di peringkat antarabangsa pula.

Baru-baru ini dia berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 200m di Kejohanan Olahraga Asia yang berlangsung di Kuwait.

Bertempat di Stadium Ahmad Sulaiman Alrashdan di bandar Kaifan, Pengiran Aidil Auf bejaya mencatat rekod peribadi terbaik 21.45 saat pada peringkat saringan namun pada pertandingan akhir dia hanya mencatat masa 21.65 saat.

Pingat emas acara tersebut dimenangi oleh atlet pecut Thailand, Puripol Boonson manakala pingat perak pula jatuh kepada atlet Kuwait, Yaqoub Alazemi.

Dalam temubual bersama media, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan ini berkata, “Saya yakin untuk memenangi pingat selepas mencatat masa terbaik pada peringkat saringan dan saya juga tidak sabar untuk mencatat masa yang lebih baik dalam pertandingan tahun depan.”

ARTIKEL BERKAITAN: Raih Empat Pingat Emas! Pengiran Aidil Auf Cemerlang Di Kejohanan Olahraga MSSM 2022

Manakala jurulatihnya, Jumain Taepe berkongsi bahawa dia yakin yang anak didiknya itu akan berjaya menjadi salah seorang pelari pecut negara suatu hari nanti. Seterusnya dia berazam untuk Pengiran Aidil Auf layak ke Sukan Komanwel Remaja 2023 yang bakal di adakan di Trininad n Tobago.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Pengiran Aidil Auf berjaya memperoleh empat pingat emas ketika Kejohanan MSSM 2022. Dia unggul dalam acara 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 400m.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply