Setelah kali terakhir meraih Jersi Merah sebagai simbolik kepada gelaran ‘Raja Bukit’ dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada tahun 2020, pelumba muda Terengganu Polygon Cycling Team (TSG); Muhammad Nur Aiman Zariff berjaya mengekalkan kejayaannya itu pada tahun ini.
12 Oktober lalu, Nur Aiman telah merampas Jersi Merah daripada rakan sepasukannya, Jambaljamts Sainbayar pada perlumbaan Peringkat 2 dari Kelawang ke Raub.
Nur Aiman seterusnya berjaya mengekalkan Jersi Merah itu hingga ke perlumbaan terakhir awal minggu ini di Pekan Kuah, Pulau Langkawi dengan mengumpul 29 mata secara keseluruhan.
Sekaligus, pelumba berusia 25 tahun itu telahpun mencatat sejarah selaku pelumba Malaysia yang berjaya meraih Jersi Merah dalam dua edisi berturut-turut. Tambah membanggakan adalah apabila ia berlaku sewaktu LTdL 2022 di mana enam pasukan Jelajah Dunia dan pelumba-pelumba berkaliber hadir memberikan saingan.
Kejayaan ini juga katanya dibantu melalui persiapan awal pasukan termasuklah perlumbaan di Turki, Tour of Taiwan dan Le Tour Iran.
ARTIKEL BERKAITAN : Raih Gangsa Di Kejohanan Olahraga Asia Di Kuwait. Pengiran Aidil Auf Cemerlang Cipta Rekod Peribadi – REMAJA
Untuk pengetahuan, Nur Aiman yang berasal dari Marang, Terengganu merupakan pelumba Malaysia pertama yang bergelar Raja Bukit di LTdL sejak ia pertama kali dianjurkan pada tahun 1996.
Manakala pada bulan lalu, Nur Aiman telahpun dikurniakan Pingat Jasa Kebaktikan atas pencapaian sebagai atlet berbasikal sempena ulang tahun ke-60 hari keputeraan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu 2022.
BACA LAGI : Dhabitah Sabri Dikurniakan Anugerah Daripada Agong Pada Usia 20 Tahun! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.