Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi…
Inilah perumpamaan yang boleh dikatakan terhadap kejayaan anak sulung Allahyarham Aziz Desa, Mas Zharif Zhafri Abdul Azid apabila berjaya menggondol anugerah Wartawan TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022.
Zharif,29, yang merupakan wartawan penyiaran dan juga penyampai berita di saluran TV9 cemerlang mengetepikan saingan empat lagi finalis lain untuk menerima anugerah tersebut.
Dia mememangi kategori tersebut menerusi hasil laporan bertajuk ICU Seluruh Negara Melebih Kapasiti.
Saat ditemubual media, Zharif berkata, “Sesuatu yang sangat luar biasa, ya lah kita daripada background teknikal kemdian cuba menjadi seorang wartawan yang baik, yang mampu menyampaikan laporan kepada masyarakat dan juga kepada kerajaan.”
Bergelar wartawan sejak tahun 2017 apabila menerima latihan industri di bilik berita TV9 dan kemudiannya diumumkan sebagai wajah baharu TV9 ketika itu, Mas Zharif terus cemerlang dalam liganya tersendiri.
“Hadiah ini saya tujukan kepada semua yang membantu, menaikkan nama saya sebagai seorang wartawan dan juga hadiah ini saya tujukan kepada ayah saya, Allahyarham Aziz Desa,” ujarnya mendedikasikan kemenangan tersebut kepada mereka yang banyak berjasa kepada dirinya.
Kredit foto: Instagram Mas Zharif Zhafri
Mas Zharif merupakan graduan lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan Diploma Filem dan Video serta Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen.
Selain Mas Zharif, finalis lain yang turut tersenarai dalam kategori Wartawan TV Terbaik ialah Juliana Shahrin (Buletin Utama TV3), Khairul Rizuan Azizan (Buletin Utama TV3), Mohan Chinnasamy (Berita Perdana RTM) dan Nursyamimi Syahira Saripan (Berita Perdana RTM).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.