#GirlPower: Pelajar KV Keningau Sabah Dinobatkan Juara Pertandingan Menulis Haiku Peringkat Antarabangsa

Sabah Cemerlang, Malaysia Boleh!

 Kejayaan gadis Sabah, Siti Nur Hanisah Omar Hashim dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni ‘Argentine Gathering’ anjuran Monolits Festivals membuktikan pelajar vokasional di Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar lain dari luar negara.

Organisasi tersebut yang berpangkalan di Buenos Aires, Argentina merupakan sebuah persatuan seni yang bertujuan untuk menyemarakkan nilai kreatif daripada peserta yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, haiku adalah puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri. Setiap penghasilan haiku terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir.

Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi. Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar puisi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet Sabah Kuasai Acara Pecut Lelaki MSSM 2022. Pengiran Aidil Auf Gondol Tiga Emas!

Menjadikan ibubapa dan suasana sekolah sebagai sumber inspirasi, Hanisah telah menghasilkan 10 puisi haiku untuk dipersembahkan. Setiap satu haiku yang dibaca Hanisah memberi makna yang cukup mendalam tentang perhubungan manusia dan juga kasih dan sayang.

Dalam video deklamasi puisi haiku, pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini jelas memiliki tona suara yang lembut dan lunak seiring dengan penyampaian yang penuh mendalam.

Hanisah pernah menghadiri beberapa bengkel menulis haiku yang dianjurkan oleh sekolahnya dengan jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat melalui aplikasi Google Meet.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply