Najwa Latif Kini Sah Bergelar Isteri Rapper Akwa Arifin

Pagi ini viral di sosial media apabila artis yang popular dengan lagu Kosong, Najwa Latiff memuat satu posting diatas pelamin dengan memberi bayangan sudah bergelar seorang isteri. Eh biar betul ni? Tak ada ribut, tak ada petir tiba-tiba Najwa Latiff dah berumah tangga.

Hal ini selepas dia memuat naik satu posting di atas pelamin bersama seorang lelaki.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Najwa turut memberikan caption yang ringkas tapi cukup bermakna.

“Alhamdulillah, kami dah grad “🤍 @akwaarifin #wawaakwagrad #gitew

Untuk pengetahuan semua, Najwa selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Ariffin dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat ini.

Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor kira-kira 8.30am dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Akwa, 30 menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada isterinya Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif , 27 tahun.

Menurut pengurusnya , Azahari Jaafar, Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan perkara itu.

Sebelum ini juga, penyanyi bersuara merdu ini mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka dalam perhubungan yang serius, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Najwa yang juga bergelar pensyarah menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rata-rata komen mendoakan pasangan ini

Apa-apapun, Remaja ucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply