Dhabitah Sabri Ingatkan Penerjun Junior Selalu Merendah Diri, Kerja Keras Walaupun Kejohanan Ditunda

Pada usia 23 tahun, ramai yang terlupa bahawa Nur Dhabitah Sabri sebenarnya sudahpun bergelar seorang atlet kebangsaan senior setelah memulakan langkah dalam bidang sukan sejak tahun 2012 lagi.

Atlet berketinggian lima kaki ini sekali lagi mengharumkan nama negara baru-baru ini setelah meraih pingat gangsa bersama gandingannya, Datuk Pandelela Rinong pada akhir Jun lalu menerusi acara 10 meter platform terjun seirama wanita.

Sebelum itu, Dhabitah cemerlang di Sukan SEA 2022 Hanoi apabila menjadi atlet kebangsaan pertama menghadiahkan pingat emas untuk Malaysia selain berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan di Sukan Olimpik 2020 Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dhabitah Sabri Tidak Mengecewakan, Penerjun Tuai Emas Pertama Sukan SEA 2022 – REMAJA

Dhabitah dilihat memakai kasut latihan Women’s UA HOVR™ Omnia bernilai RM459 yang juga didatangkan dalam warna putih, hijau, merah jambu dan ungu.

Sekali pandang seperti rakan-rakan sebaya kita, terlupa seketika sedang berbual dengan seorang ikon kebangsaan. Duta jenama sukan Under Armour ini memegang prinsip bahawa perempuan juga boleh ke hadapan tanpa mengira usia mahupun bidang yang diceburi.

Jom kita dengarkan mengapa Dhabitah berpendapat kesihatan penting untuk semua perempuan, bagaimana dia terus merendah diri dengan setiap kejayaan yang dikecapi dan apakah ‘sport gear’ pilihan Dhabitah untuk membantu prestasinya.

 

Apakah kepentingan bergiat aktif untuk setiap remaja?

DHABITAH SABRI (DS): Kesihatan harus menjadi keutamaan semua orang tidak kira lelaki atau wanita. Kita semua digalakkan mempunyai jadual senaman dalam rutin harian agar minda, badan dan jiwa yang sihat.

Bersenam bagi saja buka sahaja membantu kita meningkatkan prestasi mental dan fizikal, bahkan untuk perempuan terutamanya; ia akan membantu kita merasa yakin dan kelihatan menyakinkan.

Sebagai seorang atlet, apakah manfaat rejim fizikal dan mental ini?

DS: Terdapat banyak cabaran dan halangan yang dihadapi semasa latihan atau pada hari pertandingan. Jadi selain bersungguh-sungguh cergas secara fizikal, sebagai atlet saya juga perlu mempunyai mentaliti yang kuat untuk membantu saya mengekalkan daya tahan dan yakin dalam apa jua yang saya lakukan.

Apakah moto kegemaran Dhabitah sebagai seorang atlet kebangsaan?

DS: Bila berdepan kepayahan hidup terutamanya, moto saya tidak pernah berubah iaitu untuk ‘tidak pernah berputus asa’ atau ‘never give up’ untuk mencapat matlamat saya. Lebih-lebih lagi pada hari pertandingan yang memberikan cabaran tersendiri.

Seperti yang dilaungkan oleh jenama Under Armour sendiri, saya sentiasa terinspirasi untuk kekal tabah, bersemangat da untuk selalu melakukan yang terbaik.

Cantik kan kasut latihan Flow Velociti Wind 2 daripada Under Armour ini!

Apabila beberapa kejohanan besar tertangguh daripada jadual asal, adakah jadual latihan Dhabitah masih konsisten?

DS: Jujurnya, latihan saya menjadi semakin intense kerana kini saya perlu pandai menyusun agar memenuhi jangkaan semua pihak.

Saya perlu pastikan keadaan fizikal dan mental saya sentiasa fit, perlu selalu bersedia sekiranya diminta mewakili negara ke mana-mana kejohanan pada bila-bila masa. Oleh itu, saya merasakan cabaran terbesar buat masa ini adalah diri saya sendiri.

Saya perlu sentiasa mencabar diri untuk berlatih dengan lebih gigih dan tidak boleh leka (dengan masa ekstra yang dimilikinya sekarang).

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 7 Tahun Di Kejohanan Dunia Terbalas! Dhabitah Sabri Buru Podium Kedua – REMAJA

Sebagai atlet terjun senior dalam kem kebangsaan, apa yang Dhabitah lakukan bagi memberi galakan kepada penerjun junior?

DS: Saya akan sentiasa mengingatkan para junior saya untuk sentiasa merendah diri dan bersikap baik dalam apa sahaja yang mereka lakuka. Jadilah seorang yang mempunyai belas kasihan dan saling memberi galakan antara satu sama lain.

Bercakap mengenai galakan, apakah di antara tip kecergasan yang boleh dipelajari oleh remaja aktif seperti kami yang tidak bergelar atlet?

DS: Saya merasakan satu perkara yang paling penting untuk sesiapa saja pelajari dan amalkan adalah teknik pernafasan.

Benar, latihan pada setiap minggu adalah penting. Namun jika kamu tidak mahir mengawal emosi serta stamina sendiri menerusi pernafasan yang betul, kamu akan mudah merasa panik. Teknik pernafasan telah banyak membantu saya untuk kekal tenang dalam situasi-situasi yang mencabar.

Selain itu, pemakaian persalinan serta aksesori sukan yang tepat akan membantu meningkatkan keyakinan serta prestasi saya sewaktu latihan. Secara peribadi, koleksi Armour’s Rush™ akan sentiasa menjadi gear kegemaran saya kerana material-nya yang sangat selesa dan sesuai dengan keperluan saya.

Ia juga didatangkan dengan Teknologi Celliant yang melantunkan semula tenaga yang kita keluarkan sewaktu beraksi, lalu membolehkan saya berlatih dengan lebih baik dan efisien.

Jika Dhabitah boleh memilih beberapa barangan daripada Under Armour, yang manakah menjadi pilihan kamu?

DS: Salah satu gear daripada Under Armour yang saya gemari tentunya adalah Koleksi Rush™ kerana materialnya yang sudah terbukti dari sudut kejuruteraan saintifik.

For the girls, saya juga menggemari koleksi wanita terbaru daripada Under Armour seperti ‘Mid Heather Crossback Sports Bra’. Bukan sahaja ia stylish dan memberi sokongan. Ia juga amat bersesuaian untuk dipadankan  dengan kasut latihan Omnia saya yang membantu menstabilkan rutin squat, jump dan plank sesiapa.

BACA LAGI: Tiada Istilah Junior-Senior, Dhabitah Sabri Kongsi Latihan 8 Jam Seharinya – REMAJA

KREDIT FOTO: Under Armour Malaysia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply