Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung…
Tidak perlu diperkenalkan lagi pempengaruh media sosial yang cukup popular ini. Sudahlah cantik orangnya, dia juga bijak dalam bidang akademik. Wee Yun Nee atau lebih popular dengan gelaran Mekyun seperti kita tahu, merupakan sebahagian daripada masyarakat Cina Kelantan.
Walaupun kini dia dan keluarga sudah menetap di Kuala Lumpur, namun Kelantan tetap menjadi kampung halamannya. Selain fasih berbahasa dalam dialek tempatan, Mekyun juga berkongsi cita rasa sebagaimana masyarakat tempatan yang lain.
Terbaharu dalam satu hantaran di Instagram, gadis berusia 25 tahun ini mendedikasikan satu coretan khusus untuk kampung halamannya, Kelantan.
Berkongsi tentang bagaimana dia berasa nyaman tinggal di sana tanpa masalah perkauman, coretan ini membuka mata kita tentang betapa harmoninya Malaysia jika tidak diganggu gugat dengan niat jahat yang cuba memporak perandakan keadaan.
“Kelantan is known to be a religious or an Islamic state. But let me tell you something, Mekyun stay dekat Kelantan time sekolah rendah dan sepanjang Mekyun stay dekat Kelantan untuk beberapa tahun dulu, tidak pernah sesekali pun Mekyun menghadapi isu perkauman dan diskriminasi atau dicaci walaupun Mekyun ni non-Muslim dan berbangsa Cina di Kelantan. Tak pernah sesekali Mekyun kena paksa buat sesuatu di luar kehendak Mekyun.
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Terima Anugerah Naib Canselor, Kini Dipilih Hiasi Billboard UTHM. Mekyun Lambang Gadis Cemerlang
“And guess what? Time sekolah rendah dulu, Mekyun sorang je Chinese girl dalam batch Mekyun alongside an Indian girl and the rest are Malays and I’m still friends with some of my classmates until now (15 years and counting!) and they’re some of the nicest and most supportive people in my life. Kalaulah Mekyun kena kutuk, ada orang racist ke apa, diorang lah yang akan support and back-up Mekyun tau,” kongsinya mengingati kembali pengalaman ketika membesar di sana.
Selain itu, Mekyun yang kini merupakan salah seorang warga kerja di AirAsia turut berkongsi rasa bangganya kerana memiliki ramai pengikut media sosial yang berasal dari Kelantan dan mereka banyak menyokong apa sahaja yang dilakukannya.
Kongsinya,“Satu benda yang paling Mekyun hargai, walaupun Mekyun ni Chinese girl tapi ramai followersMekyun orang Kelantan dan diorang ni lah antara orang yang paling supportive dan bangga dengan Mekyun. Of course, I appreciate the rest of you too very much! This is just something yang buat Mekyun sangat-sangat tersentuh dan bersyukur sampai bila-bila. Jadi thank you Sek Kito and all of you.”
Mengakhiri coretannya itu, Mekyun berkongsi tentang berapa indahnya negeri tersebut dan dia sentiada bangga untuk bergelar anak Kelantan.“Kelantan is one of the most beautiful states with the most beautiful people. I’m proud to be Anok Kelatey, I love you Sek Kito and I love you Kelatey from the bottom of my heart. Sek kito jange pecoh. Sek kito kemah keming tok gogek sikit habuk. Sek budu forever,” ujarnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & kredit foto: Instagram Mekyun
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.