Perlu Berdepan Bipolar Disorder, Penerima Anugerah Dekan UTM Ini Tidak Putus Asa Menuntut 7 Tahun

Di mana ada kemahuan, tentunya di situ jugalah ada jalannya.

Begitulah perumpaan tepat bagi menggambarkan pengalaman mahasiswi kurang upaya (OKU) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setelah tujuh tahun melanjutkan pengajiannya.

Anisya Anis Sariff, 27 yang memilih jurusan Psikologi dan Pembangunan Sumber Manusia telahpun mencatatkan nilai gred purata (CGPA) 3.77 lantas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Dekan dalam Majlis Konvokesyen ke-66 UTM Skudai, semalam.

Namun dari sosok luaran dan senyuman lebar yang tertampal pada wajahnya semalam, tidak ramai yang mengetahui kepayahan yang perlu dilaluinya untuk tiba di saat ini.

Sebagai seorang pengidap penyakit Bipolar Disorder, Anis tidak sesekali ingin menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuknya tidak mengejar impian. Tambahan pula, dia bertuah apabila sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, pensyarah dan tunangnya.

“Kalau ikutkan, penyakit saya akan menjadikan saya sering murung, mengalami delusi dan berhalusinasi.  Alhamdulillah, saya dapat menanganinya dengan mendisplinkan diri untuk mengambil ubat yang disyorkan pakar selain mengikuti sesi terapi.

“Sebenarnya saya juga berasa sebak. Sebelum ini saya pernah berhenti belajar selama setahun, sebelum menyambung semula pengajian di Turkiye.

“(Jadi) secara keseluruhannya, saya belajar di UTM selama lima tahun dan dua tahun lagi di luar negara (Turkiye) sebelum menamatkan pengajian,” katanya kepada pemberita.

Musim majlis konvokesyen nyata sedang rancak berlangsung ketika mana Malaysia turut sibuk membincangkan perihal politik negara. Terdahulu, REMAJA melaporkan mengenai pemilihan atlet kebangsaan kurang upaya, Latif Romly sebagai penerima Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan daripada Universiti Malaysia Perlis.

BACA LAGI: Latif Romly Dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Perlis – REMAJA

SUMBER: Sinar Harian

FOTO: UTM NewsHub

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply