Pelajar SK Kampong Melayu Kluang Dinobatkan Sebagai Penerima Anugerah Pingat Hang Tuah 2022

Keberaniannya memberikan inspirasi…

Biarpun usianya baru sahaja berusia lapan tahun, namun keberanian dan tindakan pantas Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas harus dipuji.

Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu Kluang, Johor itu dianugerahkan Pingat Hang Tuah oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabtu lalu.

Anugerah Pingat Hang Tuah telah diadakan sejak tahun 1960 lagi bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong sebaik sahaja dia menyedari rumahnya terbakar.

ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Teruja Hadiri Konvokesyen, Hawa Rizwana Tamat Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78. Berhasrat Sambung PhD

Jiran-jiran yang kemudiannya menyedari insiden tersebut berjaya mengeluarkan mereka dari rumah. Ketika ditemui pihak media, Danish berkongsi mengenai apa yang terjadi.

Ujarnya, “Tak tahu nak buat apa-apa (ketika kejadian) tetapi pergi ke belakang (rumah) minta tolong orang dan jiran tolong.”

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply