Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sememangnya terkenal sebagai sebuah bandaraya moden yang menghimpunkan pelbagai reka bentuk dan seni bina. Evolusi bangunan pencakar langit milik negara itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang ada di antaranya menjadikan sebagai subjek dokumentari bagi tontonan antarabangsa.
Begitupun, jauh di lubuk hati rakyat, ramai yang tertanya-tanya sekiranya binaan canggih seperti menara The Exchange 106, menara Merdeka 118 dan macam-macam lagi binaan lain di ibu negara telah padat dihuni? Atau ia sekadar sebuah lagi bangunan gajah putih yang hanya cantik dari luaran namun kosong tidak berentiti di dalamnya?
Belumpun tiba majlis perasmian dan pembukaan struktur tertinggi di Malaysia iaitu menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur, REMAJA difahamkan terdapat satu lagi perancangan untuk membina sebuah menara baharu yang khabarnya mengatasi ketinggian Merdeka 118.
Err okay.
Bakal dikenali sebagai Tradewinds Square, menara tersebut lapor Edge Markets masih dalam fasa perancangan dan dan akan terletak di tapak lama bangunan Kompleks Antarabangsa dan Hotel Crowne Plaza. Ia akan ‘berjiran; dengan Plaza Bukit Bintang yang kini sedang dalam proses pembangunan semula.
Pada ketinggian 110 tingkat, ia akan berdiri pada ketinggian melebihi The Exchange 106 (445.5 meter) dan Merdeka 118 (679 meter).
Ujar firma arkitek Woods Bagot yang diberikan kepercayaan untuk mereka bentuk menara ini, ia diinspirasikan daripada bentuk geometri Islamik dan konsep biomimikri yang sinonim dengan beberapa bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas.
Tradewinds Square akan menempatkan bahagian stor komersil pada aras tanah diikuti dengan ruangan pejabat di majoriti arasnya serta bahagian perumahan.
ARTIKEL BERKAITAN: 9 Tahun Untuk Siap, Menara Steinway Bangunan Pencakar Langit Paling Nipis Di Dunia – REMAJA
REMAJA ingin mendapatkan pandangan korang – adakah Kuala Lumpur memerlukan sebuah lagi bangunan pencakar langit baharu sedangkan ada yang masih belum disiapkan pun?
Ataupun ia perlu untuk perancangan jangka masa panjang bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang dikagumi ramai?
BACA LAGI: Kota Suci Makkah Bakal Ada Pusat Beli-Belah Terbesar ‘Masar Mall’ – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.