Selepas Adik Bergelar Doktor Pergigian, Kini Giliran Kakak Pula Menamatkan Pengajian Di Universiti Malaya

Kedua-dua mereka memiliki persamaan, sama-sama bergelar Miss Eco Malaysia, bezanya si adik, Prasana Shri merupakan Miss Eco Malaysia 2022 manakala si kakak pula, Thanu Shri merupakan Miss Eco Malaysia 2023.

Sudah tersurat mereka bakal menggalas tugas back-to-back untuk membanggakan nama negara di persada antabangsa. Prasana awal tahun lalu berjaya menggondol tempat ke lima di pentas Miss Eco International 2021 yang diadakan di Mesir. Thanu Shri pula akan mewakili negara tahun hadapan.

Satu lagi fakta menarik, mereka juga sama-sama bergraduasi tahun ini. Prasana telah bergraduasi pada penghujung November lalu, manakala Thanu Shri baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya dan telah pun menghadiri majlis konvokensyen universiti tersebut dua hari lalu.

“Saya selalunya memakai mahkota, tetapi hari ini topi konvokesyen ini sudah memadai. Ya saya telah bergraduasi, sangat bersyukur untuk segala-galanya,” ujar Thanu Shri dalam salah satu hantaran di laman Instagramnya.

Tampil cantik dan ayu dalam persalinan kebaya songket rona ungu dan disulam indah perincian, gadis anggun ini tampil bangga menggayakan busana tradisi tersebut. Tidak lengkap majlis graduasinya tanpa kehadiran adik tersayang. Prasana juga dilihat turut hadir memberikan meraikan hari bahagia kakaknya.

Tidak kalah bergaya, Prasana turut menggayakan busana tradisi baju kurung riau yang diperbuat dari songket bunga tabur. Usai majlis konvokesyen, kedua-dua beradik ini mencuri masa merakam memori bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Berkebaya Di Majlis Konvokesyen. Ratu Cantik Malaysia Kini Bergelar Doktor Pergigian

Meninjau ke laman Instagram Prasana, dia mendedikasikan satu hantaran buat kakak tersayang. Ujarnya, “Tahniah kepada kakak saya, Thanu Shri atas majlis konvokesyen anda. Saya sangat berbangga dengan pencapaian anda. Saya merupakan adik yang akan sentiasa menceriakan dan ada untuk awak walau apa pun yang terjadi. Anda adalah erti jiwa yang memberikan inspirasi.”

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply