“Pernah Terfikir Nak Melepaskan Takhta,” – Pembuli Siber Tidak Berjaya Patahkan Semangat Lesley Cheam

Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam ketika ini berada New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat untuk bertanding dalam pertandingan Miss Universe 2022 yang dijangka melabuhkan tirai pada 14 Januari nanti.

Membawa harapan yang menggunung tinggi untuk berjaya di pentas antarabangsa itu, Lesley menggalas harapan yang berat apatah lagi Malaysia pada saat ini sudah 50 tahun tidak berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir pertandingan ratu cantik berprestij itu.

Dia yang menampilkan persembahan bertenaga di peringkat pusingan awal nyata telah membuka mata banyak pihak. Biarpun dibuli dengan kata-kata kesat saat kemenangannya ternyata dia berjaya membuktikan yang di berhak digelar Miss Universe Malaysia.

Tidak keterlaluan jika penulis katakan, persembahan Lesley di peringkat awal pertandingan antara yang terbaik pernah wakil Malaysia lakukan. Bertenaga, penuh energi dan menyerlahkan aura positif.

Baru-baru ini sebelum terbang ke USA,  Lesley hadir ke studio REMAJA sebagai salah seorang tetamu jemputan untuk podcast yang disiarkan di saluran Spotify REMAJA Podcast dan juga YouTube Majalah Remaja.

Berkongsi kisah tentang kemenangannya dan juga buli siber yang dialaminya, dia ternyata kuat menghadapi segala tohmahan yang diberikan.

Look at that smile!

I think I collect my mind for the very first place, sebenarnya ia tidak mudah. Dari mula saya menangis dan rasa sangat down untuk beberapa hari. Namun selepas itu saya tertanya-tanya apakah makna menang gelaran Miss Universe Malaysia.

“Ia bukan tentang pencapaian saya, tetapi apa yang saya boleh buat kepada orang lain. So, by thinking on how I can help other people, it actually brings me up. Semua penyokong yang meninggalkan esei panjang kepada saya memberi sokongan dan juga saranan yang membuatkan saya bangkit,” ujarnya sambil tertumpah air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Ada Calon Yang Baik,” – Elaine Daly Berkongsi Kisah Tentang Hatta Dolmat, Lesley Cheam Dan Kerjaya

Pembuli siber datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, mereka mungkin berada di sebalik akaun sebenar, namun banyak sebenarnya berlindung di sebalik akaun palsu. Lesley mengambil tindakan untuk menyekat akaun-akaun yang meninggalkan kata-kata cacian dari boleh melihat akaunnya.

“Bila saya menyekat akaun-akaun tersebut ia adalah kerana kerana saya mahukan keamanan untuk kesihatan mental saya. Saya menyekat akaun-akaun tersebut sewaktu hari-hari yang mana saya terasa sangat sedih dan ketika itu saya sampai terfikir untuk melepaskan takhta yang diterima.

“Saya menyekat akaun-akaun tersebut berdasarkan komen mereka. Walaupun begitu, ramai yang memberikan komen positif dan saya sangat menghargai perkara itu,” kongsi graduan farmaseutikal dari Universiti of Notthingham ini.

Bangkit dan tidak mempedulikan tohmahan negatif, Lesley banyak berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Nak dengar lebih panjang temubual kami? Jangan lupa ke Spotify REMAJA Podcast dan dengarkan episod bersama pemilik nama penuh Lesley Cheam Wei Yeng ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply