Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Nampaknya berkat menjadi seorang content creator bertahun-tahun lamanya membuahkan hasil kepada Aqil Zulkiflee apabila dia dinobatkan sebagai Favorite Asian Creator di acara berprestij Nickelodeon Kid’s Choice Award 2023.
Memiliki 1.73 juta pengikut di laman YouTube, video yang dihasilkan Aqil mencecah jutaan tontonan. Kebanyakan pengikutnya merupakan kanak-kanak dan remaja yang gemar melihat kreativiti dan juga keletah perkongsiannya.
Sejurus mengetahui dirinya berjaya menggondol anugerah tersebut, Aqil memanjat rasa syukur dan berkongsi berita gembira itu di laman Instagram.
“Alhamdulilah. Macam tak percaya Aqil menang anugerah Kid’s Choice Award 2023 untuk kategori Favourite Asian Creator. Walaupun faham rakyat Malaysia tak seramai negara lain yang bertanding, tapi kita MENANG!!!
“Terima kasih semua yang dah vote Aqil banyak kali & support Aqil sampai sekarang. Usaha kita tidak sia-sia selama ni. MALAYSIA BOLEH,” ujar jejaka berusia 27 tahun ini.
BACA JUGA: Wajah Kacak Bikin Histeria. Bright Vachirawit, Bintang Thailand Yang Menakluk Peminat Seluruh Dunia
Bukan calang-calang, Aqil berjaya menewaskan nama-nama besar seperti wakil dari Indonesia, Gen Halilintar (yang merupakan keluarga besan Krisdayanti), Hikakin dari Jepun dan Niana Guerrero yang mewakili Filipina.
Selain menjadikan dunia digital sebagai kerjayanya, Aqil turut memiliki perniagaan makanannya tersendiri yang dinamakan Corndog Aqilicious.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.