Anak Suka Berenang Jangan Larang, Boleh Rangsang Motor Kasar Anak!

Pantang nampak! Anak-anak mana yang tidak suka main air. Bila sudah mandi manda, jawabnya susah hendak naik. Terpaksalah ibu menunggu berjam-jam lamanya.

Bermain air dan berenang sebenarnya dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.

Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda.

Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.

Lima kebaikan berenang

  1. Menghilangkan rasa takut pada air

Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.

  1. Keseronokkan baru

Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.

  1. Merangsang gerakan motor kasar

Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.

  1. Pupuk rasa berani dan yakin diri

Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.

  1. Hubungan sosial

Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.

5 tip keselamatan semasa aktiviti bermain air atau berenang

  1. Pastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
  2. Pakaian yang sesuai. Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
  1. Peralatan aktiviti air yang selamat

Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.

  1. Kedalaman air yang sesuai

Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

  1. Pemantauan orang dewasa

Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan.

Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

 

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply