Gadis Sabah Cemerlang, Pelajar Berkeperluan Khas Rangkul Juara ‘Storytelling’ Di Australia

Usaha tangga kejayaan…Syabas diucapkan buat dua pelajar Sabah yang berjaya gelaran juara ‘Storytelling’ di bumi Australia.

ARTIKEL BERKAITAN : Jadi Wanita Islam Pertama Dalam Diplomat UK, Siapa Sebenarnya Fouzia Younis Ini?

Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah

Walaupun bergelar pelajar berkeperluan khas, namun Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Hal ini selepas duo Sabahan ini memenangi hadiah pertama di Festival Seni Antarabangsa secara dalam talian (online) berpangkalan di Australia pada 20 Mac lalu dan membuktikan pelajar di Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar lain dari luar negara.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pertandingan anjuran Monolit Festival itu telah memberi pengiktirafan tersebut kepada video persembahan pasukan ini yang bertajuk “John & Ibu Sihir” dalam Kategori Dewasa – Penceritaan Berilustrasi.

Hanya Guna Kad Cerita Yang rawak

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Nurosimah dan Brenda masing-masing berusia 18 tahun merupakan pelajar jurusan pembuatan pakaian di kolej itu dan mereka berdua baru sahaja menduduki peperiksaan hujung tahun.

Menurutnya, mengenai karya yang dimenangi kedua-dua pelajar ini, mereka telah menggunakan kad cerita yang rawak sebagai asas penulisan karya asli mereka dengan menyerapkan unsur fantasi dan dongeng melalui watak ahli sihir.

Mereka telah berjaya menulis dan menyampaikan cerita tersebut dalam Bahasa Melayu yang disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris. Ianya menceritakan seorang lelaki bernama John yang terkejut melihat seorang ahli sihir bersama adiknya di rumah mereka apabila dia balik dari tempat kerjanya.

Tonton di Youtube

Christine turut memuji usaha pelajar-pelajarnya yang cekal mengasah bakat mereka dan wajar dijadikan amalan untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.

Sementara itu, menurut Nurosimah ketika dihubungi, dia dan rakan baiknya Brenda sangat gembira kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

“Kami tidak sangka mendapat tempat pertama, ini akan menjadikan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi bakat kami dan berjaya dalam bidang yang kami ceburi kelak,” katanya.

Congrats Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley!

BACA LAGI : #GirlPower: Pelajar KV Keningau Sabah Dinobatkan Juara Pertandingan Menulis Haiku Peringkat Antarabangsa

BACA LAGI: Atlet Sabah Kuasai Acara Pecut Lelaki MSSM 2022. Pengiran Aidil Auf Gondol Tiga Emas!

Sumber : (1)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply