Nak Cuaca Sejuk, Naik Ke Bukit Fraser Dan Ketahui Tip Penting Ini

Mempunyai daya tarikan tersendiri, Bukit Fraser ini cukup menarik kalau anda tahu beberapa tempat best. Memang sesuai sangat kalau anda nak cari cuaca sejuk dan lari dari kebiasaan pergi Cameron Highland.

Mungkin tak semeriah Cameron tapi masih okay kalau nak jelajah ke sini. Menurut perkongsian dan pengalaman Puan Felicia Ramzi, duduklah semalam baru lah dapat explore dengan tenang dan tak rush nak turun semula.

Naik Ke Bukit Fraser

Taman Awam
Night out.

Ini hotel yang dipilih sewaktu berjalan ke sana, Hotel Shahzan Inn- 2 single beds menghadap depan (garden view)

Ruang lobi Shahzan Inn. Bersih, kemas dan tersusun.

Maklumat tambahan:

1. Parking banyak dan luas.
2. Disediakan breakfast. Dan breakfast spreadnya sangat memuaskan hati.
3. Staf yang mesra.
4. Lokasi strategik. Turun ke jalan besar terus nampak clock tower, simbol ikonik Bukit Fraser.
5. Rancangan TV ada dalam 10 channels – semua clear sungguhpun di atas bukit.
6. Sejuk, tak perlukan aircond.
Minus points:
1. ‘Water pressure’ tak kuat. Ayu je keluarnya. Kalau kuat macam air pili bomba baru best.
2. Malam pertama, air shower tak panas. Menyesal mandi.
3. Perabot agak lama. Nak on TV sila tekan punat dekat meja katil. Punat tu takda label, jadi main la teka teki sekejap, tekan mana-mana punat sampai TV tu menyala.

Apa Yang Menarik:

1. Allan’s Water

Tempat untuk fish feeding dan paddle boat. RM10 per boat /15 minit. Soalan saya, siapa Allan?
Terkejut otot tiba-tiba mengayuh.

2. The Paddock

Tempat naik kuda dan archery.
Nama kuda ni Ringo. Umur 6 tahun. Kalau umur manusia, 66 tahun dah usianya. Hi atok.

3. Arzed Restaurant untuk lunch dan dinner. Lokasi: sebelah Taman Awam.

Masa sampai, kabus tebal. Tapi sejuk tu ‘bearable’. Ni dekat Taman Awam, lunch dekat Arzed Restaurant.

4. Ye Olde Smokehouse

Salah satu spot di Ye Olde Smokehouse.
Ye Olde Smokehouse. Saya ambil tip Ryan Bakery, pura-pura tertinggal purse. Bubur sago honeydew tak silap saya RM40. Nak tengok menu mukasurat sebelah pun macam nak parkinson tangan. Tapi tempat ni cantik. Very serene dan peaceful. Ada tempat penginapan juga. Boleh rujuk website dorang ya.

5. Glasshouse Fraser

Glasshouse. Datang sini by mistake. Ingatkan sini ada scones. Tengok menu takda scones, rupanya dekat Ye Olde Smokehouse. Tapi boleh layan teh dan burnt cheese cake. Harga pun boleh burnt the pocket juga
Cantik kan. Tapi nama Glasshouse ni buatkan teringat movie Glasshouse yang uncle dia bunuh parents budak2 tu. Dramatik imaginasi. Sini ada uncle jugak tau. Tapi dia ambik order korang je. So no worries.

6. Clock Tower

Clock tower ni setiap ‘side’ boleh bergambar. Jadi tak perlu gaduh ‘aku dulu’. Tenang-tenang jangan bawa balik jam tu sudah.

7. Taman Lady Guilemard

Bersebelahan Shahzan Inn. Ada mini garden. Bunga hydrangea banyak sini

8. Strawberry Garden tanpa strawberi

Strawberry Garden
Strawberry Garden tanpa strawberries. Ada dijual madu, ubi manis. Oren deiii tak mau dah beli.

9. Istana Pahang.

Bersebelahan Istana Pahang.
Pos ofis pun unik. Sayang tak buka. Curious nak tengok. Lain kali naik nak try hantar poskad kat diri sendiri.
Balai polis yang dibina sejak tahun 1919. Ni kalau buat repot atau aduan ni rasa macam pergi rumah member sebab langsir tu macam mak ikat.

Tip Naik Ke Atas:

1. Hati-hati di selekoh. Jalan sempit.
2. Awas dengan buluh yang ‘mencodong’ ke arah jalan.
3. Isi perut, jangan kenyang sangat, jangan kurang sangat juga. Kebarangkalian untuk ‘mabuk’ tu ada. Saya steady, tapi anak muntah.
4. Berhenti di Empangan Air Selangor untuk bergambar. View cantik.

Sebelum kehidupan jadi berliku-liku naik Bukit Fraser, berhenti dulu di Empangan Sungai Selangor okay.

5. Arzed Restaurant buka sampai 9.30pm. Saya rekomen makan sini sebab sedap dan banyak pilihan. Sedikit menunggu tapi berbaloi.
6. Kalau dalam pekan, Mimi Strawberry pun buka untuk dinner. Kalau nak santai-santai, beberapa food truck berdekatan Shahzan Inn pun ada tapi sampai 7.30pm saja.
7. Paling penting, jika berlaku kes kecemasan, ketuk saja pintu Klinik Kesihatan berhadapan Balai Polis. Atau call nombor yang tertera di pintu. Sini tak ada Farmasi atau klinik swasta kalau nak cari ubat dan lain-lain.
8. Hati-hati ramai enthusiastic cyclists naik.

Klinik kesihatan. 650 petang kami call, emergency pula anak tiba-tiba terkena heartburn lepas makan oren beli dekat Strawberry garden.

Keseluruhan, best naik Fraser. Laluan naik memang agak mencabar, menyerupai Tapah. 27km itu memang berpusing sampai atas. Tapi ketenangan di Fraser, ditambah dengan keunikan bangunan dikekalkan dari dulu, membuatkan Fraser unik. Ada vibe tersendiri.

Bagi anda yang belum keluar negara, boleh lah masukkan Fraser dalam senarai becuti. Boleh tahan dan best!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply