Bagi yang sedang mengamalkan pemakanan sihat, pasti ada air fryer. Penggunaannya memang membantu mengurangkan makanan berminyak dalam pemakanan sehari-hari.
Tapi adakah penggunaan air fryer ini betul-betul menyihatkan? Ia akan jadi sihat jika cara penggunaannya betul. Ini supaya unsur acrylamide dalam makanan yang dikaitkan dengan kanser tidak tercetus semasa penggunaannya.
Dikongsi oleh Dr Izzar Anwari berikut adalah cara betul mengggunakan air fryer agar ia menghasilkan makanan yang betul menyihatkan.
Betul ke air fryer menyihatkan
Boleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan?
Guna Air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70-80% dan lemak pun sikit je. Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak.
Contohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil. Dan acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser. Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide.
Dengan bertukar kepada masakan air fryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak/berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti. Takdelah overweight atau obes. Barulah sihat.
Cara elak terjadi acrylamide ketika guna air fryer
Tapi ada satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer sekiranya kita masak makanan dalam TEMPOH YANG LAMA dan SUHU TINGGI (kajian dengan masak kentang).
Jika mahu elak terjadinya acrylamide, jangan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook. Contoh bila masak French fries, kita nak kentang jadi warna golden yellow. Tapi kalau jadi warna brown, itu tanda sudah ada acrylamide. Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak, lagi tinggilah kandungan acrylamide.
Kesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan overcook makanan. Saya pun guna airfryer hari-hari. Apa-apa pun, amalkan pemakanan seimbang dan tak perlulah minum air manis. Baru betul.
INFO
Acrylamide adalah bahan kimia yang terhasil dari makanan berkanji yang dimasak pada suhu panas dan lama. The International Agency for Research on Cancer mengklasifikasikan Acrylamide sebagai ‘bahan berpontensi penyebab kanser’.
Sumber: Dr Izzar Anwari
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.