Pecah Rekod Larian 400M Sukan SEA, Shereen Samson Ikut Jejak Langkah Ibu Untuk Tamatkan Kemarau Pingat Emas

Kemarau pingat emas acara larian 400m bagi kategori wanita Sukan SEA akhirnya berakhir apabila pelari pecut Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Shereen Samson Vallabouy berjaya meraih pingat emas di Stadium Nasional Morodok Techo semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih Emas & Cipta Rekod Baharu Kebangsaan. Umar Osman Cipta Kejutan Di Sukan SEA Kemboja 2023

Shereen ketika memenangi pingat emas di acara Mt. Sac Elite bulan lepas. 

Beliau yang baru sahaja memecahkan rekod kebangsaan mendiang Rabia Abdul Salam 52.56s dengan mencatat 51.80s di Amerika Syarikat bulan lepas ternyata berjaya membuktikan sekali lagi kemampuannya sebagai seorang atlet di mata dunia dengan kemenangan ini.

Kemenangan tersebut semakin bermakna kerana kali terakhir pingat emas bagi kategori larian 400m itu diraih ialah pada tahun 1999 oleh N. Manimagalay.

Selaku anak perempuan kepada pemenang pingat emas Sukan SEA Samson Vallabouy (800m) dan Josephine Mary (400m) semestinya meletakkan tekanan yang berat kepada beliau dalam mengikuti jejak langkah kedua-dua atlet cemerlang ini.

Shereen yang pertama kali mengambil bahagian dalam Sukan SEA pada 2015 pada usia 17 tahun, berjaya mencatat masa larian 52.53s, mendahului pesaing Vietnam Nguyen Thi Huyen (53.27s) dan Nguyen Thi Hang (53.84s).

Turut hadir menyokongnya di trek larian merupakan ayah, ibu dan adiknya, Jocelyn yang jelas kelihatan bangga dengan percapaian beliau.

Ibu bapa Shereen, Samson (tiga dari kanan) dan Josephine (kiri).

“Saya telah bekerja keras untuk menjadi pelari 400m terbaik di negara ini, memecahkan rekod mendiang Rabia dan ibu saya juga. Dia (Josephine) sangat gembira dan bangga dengan saya. Saya bersyukur kerana dapat meneruskan legasi keluarga saya,” jelas pemenang pingat emas itu.

Josephine Mary turut tumpang gembira melihat anak perempuannya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori larian tersebut.

“Kami sangat gembira melihat dia memenangi pingat emas. Pingat emas adalah apa yang negara mahukan dan saya percaya kemenangan ini akan membantunya untuk menjadi lebih baik,

“Suami saya telah memenangi tiga pingat emas Sukan SEA manakala saya telah memenangi empat pingat emas. Kini, keluarga kami mempunyai lapan pingat emas,” ujar beliau penuh bangga.

@majoritiofficial Tahniah Shereen!! Malaysia Boleh!!! kami bangga🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Baca artikel penuh dalam link.. #SEAGames2023 #sukansea2023 #kemboja #malaysia #atletmalaysia #beritaterkini #beritatiktok #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – ViralVedio007

Klip video larian penuh aksi beliau semalam di Stadium Nasional Morodok Techo semalam.

Samson turut memuji pencapaian anak perempuannya itu tetapi dia juga mahu melihat rekod 800m Sukan SEAnya 1:48.29, yang dibuatnya di Kuala Lumpur pada tahun 1989 berjaya dipecahkan oleh atlet lain.

“Saya sangat berbangga melihat Shereen memenangi emas Sukan SEA tetapi saya juga mempunyai misi lain ketika berada di sini. Rekod larian saya telah bertahan selama 24 tahun dan kini saya berharap untuk melihat seseorang memecahkannya,” ujar bekas atlet itu.

Cabaran Samson diharapkan dapat memberi inspirasi kepada dua anak muda Malaysia iaitu S. Maheswaran dan Wan Mohd Farzy Wan Zahari yang akan bertanding di saingan hari ini.

Akhir kata, Malaysia amat berbangga dengan percapaian ‘Super Shereen’ di acara Sukan SEA tersebut. Tahniah, Shereen! Malaysia Boleh!

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Kosmo, Berita Harian


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply