Harumkan Nama Malaysia, Jofliam Duduki Top 4 Pertandingan Memasak Piza Di Itali!

Personaliti media sosial, Jofliam baru-baru ini telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam sebuah pertandingan menyediakan juadah piza di Itali.

Ia setelah Jofliam yang juga merupakan suami kepada personaliti digital, Cik Epal meraih tempat keempat dalam pertandingan yang dilangsungkan di Tutto Pizza Expo sempena sebuah pameran antarabangsa yang didedikasikan untuk peminat pizza seluruh dunia di Napoli, Itali.

Jofliam di samping isterinya, Cik Epal.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelumba Negara Dipuji, Harumkan Nama Malaysia Di Sepanyol Dengan Raih Tempat Kedua

Memetik hantaran TikTok isterinya, @cikepal06 menyatakan terdapat 50 pasukan yang menyertai edisi keenam pertandingan tersebut dan salah satunya merupakan pasukan Jofliam; Jofliam Pizza Wagyu 150 yang mewakili Malaysia. Selain Joflian, ia turut dianggotai oleh dua individu tempatan di sana.

@cikepal06 Sangat susah Italian 🇮🇹 nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam . Tq Salva🤗. 50 team dari seluruh Italy termasuk USA dan 1 team mewakili Malaysia🇲🇾. Dari hobi suka-suka masa PKP, kini Jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo🍕. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef 😂. Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je Jofliam bawak nama Malaysia 🇲🇾 dalam competition pizza ni. Pembuat pizza yang famous dekat Italy 🇮🇹 pon kenal Jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki👌🏻! Jangan give up! Fly high my husband Jofliam 😘. Awak tetap champion di hati saya🥰. Haderrrrr🤣. #jofliam #cikepal #cikepal06 #han #yuki #hanyuki #makajibycikepal #makajicikepal #makaji #jofliamcikepal #jofliamcikepal06 #jofliampizzawagyu #jofliamwagyupizza #jofliampizza ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

“Sangat susah orang Itali nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam. Terima kasih Salva,” catat hantaran TikTok Cik Epal.

Memetik hantaran Instagram @jofliam pula, penyertaannya di Itali pada kali ini dilakukan atas niat, minat dan keinginannya peribadi. Lalu, segala kos untuk ke sana dan semasa berada di Napoli dibiayai olehnya sendiri secara sukarela.

“Untuk Salva, dia sanggup mewakili Malaysia. Ini adalah satu penghormatan untuk saya.

“Sangat susah untuk orang Itali nak mewakili bendera negara lain selain Itali sebab orang Itali tersangatlah bangga dengan Itali.

“Tapi kalau kerajaan Malaysia sudi membawa Salva dan pasukan saya untuk ke Malaysia, mengenali Malaysia, budaya Malaysia, orang Malaysia yang sangat budiman, keindahan Malaysia, pembangunan Malaysia, saya sangatlah berbesar hati,” ujar Jofliam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam🍼 (@jofliam)

Sebagai info, pada peringkat awal; Jofliam dan Cik Epal pernah memberi pizza wagyu kepada mangsa-mangsa banjir di Malaysia dan menyediakan piza sekadar hobi.

Hasilnya, mereka memperolehi pujian daripada netizen dan peminat mereka dek kerana sikap pemurah dan baik hati. Malah, piza yang diletakkan harga sebanyak RM150 oleh mereka juga tular di laman sosial TikTok.

Tahniah Jofliam dan Cik Epal!

Sumber: TikTok @cikepal06 Instagram @jofliam

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply