Penyanyi Luluh dan Bayang, Khai Bahar semalam telahpun mencatatkan satu lagi momen membanggakan dalam graf sebagai seorang anak seni apabila beliau dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Al Azhar Care.
Pelantikan pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Bin Baharuddin itu adalah signifikan buatnya dan juga pertubuhan tersebut memandangkan penyanyi itu jelas menggunakan pengaruhnya terutama di medan media sosial bagi membantu usaha kesukarelawan.
Malah, Khai juga disifatkan sebagai salah seorang figura am muda yang rela hati untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan selagi berkelapangan tanpa menetapkan tempoh kerjasama.
Dalam majlis di ibu negara yang disaksikan oleh Presiden Al Azhar Care, Alif Mahari itu; Khai mendedahkan bahawa dirinya akan mengambil bahagian dalam misi ibadah korban menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun 2023 sebagai Ikon Kemanusiaan Al Azhar Care.
Menurutnya lagi, ini bukanlah kali pertama beliau terlibat dalam sesebuah aktiviti kebajikan bersama organisasi tanpa mengikat kontrak.
Sebaliknya, kerja sukarelawan ini dilakukannya dengan niat untuk memberi manfaat kepada individu lain.
Sebagai info, delegasi sukarelawan Al Azhar Care telahpun berlepas ke Afrika pada 26 Jun 2023 bagi menjayakan program korban, akikah, wakaf Quran dan wakaf telaga di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: [UPDATE] Rupanya Amalan “SEDEKAH TENAGA” Sebab Allah Pilih Suami Isteri Meninggal Di Madinah – REMAJA
BACA LAGI: Saya #RemajaMalaysia : Titian 6 Tahun KHAI BAHAR Penuh Makna – REMAJA
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.