#GirlPower: ‘Birthday’ Ke-20 Aaliyah Yoong Hanifah Bertambah Manis Dengan 3 Pingat Emas

Selepas empat tahun acara ski air tidak dipertandingkan dalam kalendar sukan di Malaysia, taring ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah nampaknya kekal ‘tajam’ apabila dia merangkul tiga pingat emas semalam menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.

Bertempat di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya, kejayaan Aaliyah bersempena Kejohanan Ski Air & Wakeboard Malaysia semalam bertambah manis apabila dia turut menyambut hari kelahirannya yang ke-20.

Aaliyah menerima ucapan tahniah daripada Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh.

“Sejujurnya, saya tidak berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini kerana (acara ski) sudah tidak diadakan selama empat tahun di Malaysia. Tetapi sebaliknya, saya diberkati dengan persembahan yang baik.

“Dan untuk memenangi pingat-pingat ini pada hari lahir saya, saya amat gembira telah berusia 20 tahun pada hari ini. ” katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan kejayaannya.

Aaliyah kini sedang bersiap-sedia untuk mengalihkan tumpuannya kepada Kejohanan Dunia Terbuka di Florida, Amerika Syarikat yang akan dilangsungkan pada Oktober 2023.

Bagi kejohanan berprestij ini, adik kepada bekas pelumba F1, Alex Yoong dan saudara kepada pelumba Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara, Alister Yoong ini menyasarkan untuk sekurang-kurangnya meloloskan diri ke peringkat final bagi acara terbuka jump & terbuka tricks memandangkan ia bakal disertai pencabar-pencabar hebat dari seluruh dunia.

Terdahulu, Aaliyah telah mencatat sejarah pada bulan Jun lalu setelah menggondol pingat gangsa di Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun di Boca Laguna, Mexico.

Aaliyah yang juga meruupakan pelajar Florida Southern College sekaligus menjadi atlet Malaysia dan dari benua Asia pertama untuk memenangi pingat di pertemuan ski air dunia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply