Pelajar Kolej Poly-Tech Bangi Harumkan Nama Negara. Tahniah!

Tiada yang lebih membanggakan apabila remaja Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia!

Terbaharu, Zulhilmi bin Zuaswa yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Sukan dari Kolej Poly-Tech Bangi ini berjaya tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik Freestylers pada Kejohanan Super Ball World Open 2023 di Prague, Czech Republic.

Pelajar berusia 20 tahun itu berjaya memperbaiki rekod peribadinya sendiri sekaligus scemerlang memajukan dirinya dari tangga ke-32 ke ranking 10 terbaik selepas persembahannya pada kejohanan tersebut.

BACA JUGA: Aniq Kasdan Tampil Cemerlang Di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023. Raih Pingat Gangsa!

Sebelum ini, Zulhilmi merangkul kejuaraan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 pada Pertandingan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Freestyle Football Competition 2023 di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dia dijulang sebagai Juara Battle 1v1 dan memenangi Kategori “Iron Man”.

Menambah lagi portfolionya sebagai seorang atlet, Zulhilmi juga merupakan juara tiga kali berturut-turut mewakili Malaysia ke Warsaw, Poland pada tahun 2018, 2 kali Juara Indonesia Open Freestyle Football Championship tahun 2022 dan 2023 dan menduduki ranking ke-32 dunia daripada 4,000 Freestylers seluruh dunia.

Kejohanan Super Ball World Open 2023 berlangsung selama enam hari bermula 6 hingga 11 Ogos 2023, dengan menyaksikan 400 peserta dari 40 negara seluruh dunia.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply