‘Manly’ Dengan Misai & Janggut, Wajah Terkini Jerry Yan Pada Usia 47 Tahun!

Janggut memiliki kesan maskulin dan hero pada seseorang. Dari segi sains, janggut memberi kontra pada warna kulit wajah. Begitu juga apa yang berlaku pada pelakon utama drama Meteor Garden si kacak Jerry Yan ini!

Walau lebih 20 tahun fenomena drama bersiri popular tersebut sudah berlalu, namun penangan lakonan mantap aktor berkenaan di samping kumpulan penyanyi lelaki terkenal Taiwan waktu itu, F4 masih memberi kesan di hati penonton termasuk di Malaysia sampai sekarang!

ARTIKEL BERKAITAN : Kekal Awet Muda, Bintang Utama Pangako Sa Yo Masih Kacak Seperti 23 Tahun Lalu

Jerry Yan kini meniti usia 47 tahun. Dilahirkan pada 1 Januari 1977 , pelakon ini merupakan nama besar dalam industri seni Taiwan dan dikenali sebagai pelakon, model, penyanyi dan hos televisyen.

Biarpun kini berusia 47 tahun, kemunculan bintang drama bersiri Meteor Garden, Jerry Yan, tetap mengagumkan. Terbaru dia tampil berbeza dengan misai & janggut.

Rahsia Awet Muda

Ternyata aktor yang berusia pertengahan 40-an itu menjalani kehidupan yang simple untuk memastikan dirinya kelihatan seperti ini. Kata Jerry bergurau, dia memerlukan mekap untuk kelihatan hebat sekarang. Tapi aktor itu mengakui lifestyle yang dijalani simple, sentiasa gembira dan bahagia serta tidak terlalu memikir tekanan hidup.

Di dunia sekarang di mana selebriti sering tunduk pada tekanan, Jerry selesa untuk tidak obses akan media sosial, malah dia juga bukan jenis yang selalu dengan telefonnya. Tak ada media sosial, tak ada hal! Hidup lagi bahagia!

Jerry Yan mempunyai akaun Instagram rasmi (@jerry_yan_official), tetapi jarang dikemas kini, dan hanya digunakan untuk hal kerja sahaja.

Cara Jerry Yan untuk mendapatkan six packs pula ialah dengan menjalani kehidupan dengan positif, bersenam secara teratur dan jaga pemakanan agar tetap sihat dan cergas.

Nampak macam mudah kan tip awet muda dari Jerry Yan ni!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply