Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak? Ini Yang Perlu Mama Tahu!

Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan. Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak. Apa sebabnya hal ini terjadi?

Adakah darah ini normal atau berbahaya? Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.

Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.

Pendarahan implantasi
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.

Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.

Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.

Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.

Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:

Keguguran
-Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
-Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
– Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj

Kehamilan molar
– Keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim.
– Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
– Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk

Kehamilan ektopik
– Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
– Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim
– Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
– Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak

Pendarahan subchorionic
– Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
– Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
– Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

 

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Hellodoktor.com


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply