Masalah lalat yang banyak di rumah memang akan mengganggu. Terutama kalau kehadiran ini banyak di dapur atau ruang makan, bimbang lalat yang kotor ini akan menghinggapi makanan. Memang tak selesa dibuatnya.
Kalau rumah dah bersih, dah letak lilin bagai tapi tak juga jalan masih ada banyak lalat berterbangan terutama waktu makan boleh guna cara ini pula.
Limau purut dan cengkih
Gabungan dua bahan ini akan menghasilkan aroma yang wangi. Namun, aroma ini amat tidak digemari oleh lalat. Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambar di bawah ini. Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat. Ia dikatakan turut berkesan untuk menghalau nyamuk
Serai wangi
Serai juga antara aroma yang tidak digemari oleh lalat. Cara menghasilkan semburan serai wangi adalah dengan mengambil segenggam serai wangi yang telah dibersihkan dan kisar kering. Kemudian, campurkan pes tadi ke dalam secawan air dan dibiarkan semalaman. Saring air rendaman serai wangi tadi dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sebur lah atas meja, pintu dan tingkap. Barulah lalat tak berani masuk.
Gantung air dalam plastik atau CD
Teknik ini kerap digunakan oleh peniaga-peniaga restoran dan kedai makan untuk menghalau lalat. Kenapa pula guna air dalam plastik dan CD?
Menurut Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.
Caranya amat mudah, Anda hanya perlu masukkan beberapa keping duit syiling perak dalam plastik untuk menambahkan silauan dan penuhkan plastik tadi dengan air. Kemudian gantung sahaja di tempat-tempat yang dikehendaki seperti rak makanan. Sama juga CD. Gantungkan sahaja.
Kayu manis
Kayu Manis juga bahan dapur yang amat tidak digemari oleh lalat. Aromanya amat tidak menyenangkan bagi deria bau lalat. Caranya adalah dengan tumbukan kayu manis dan masukkan di dalam uncang kain jadikan ia sebagai pewangi rumah. Letak lah atas meja ke, sudut-sudut dapur.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:Tanam Lada Solok Tepi Rumah Je, Buah Lebat Siap Boleh Berniaga
Mesti Baca:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini
Artikel Menarik:Panduan Lengkap Tanam Kelapa Hibrid MATAG Untuk Hasil Yang Lumayan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.