Resipi Jeruk Mangga Asam Boi, Buat Macam Ni Memang Sedap

Anda suka makan Jeruk Mangga Asam Boi? Jika ya, kena cuba resipi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni. Sangat mudah, sedap dan memang enak dimakan pada bila-bila masa.
Resipi serta cara membuatnya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jadi jika tiba-tiba rasa nak makan jeruk, nah… buat sahaja sendiri guna resipi ni. Dijamin puas hati.

CARA MEMBUAT JERUK MANGGA ASAM BOI YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Buah mangga mekar
Asam boi putihbeli online disini
Cili api ikut kepedasan
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit kapur makan beli online disini
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan buah mangga dan kupas kulitnya. Pastikan pilih buah mangga mekar yang hampir kuning tapi masih keras isinya dan tidak rasa masam sangat.
2.Hiris buang mangga tadi ikut saiz yang digemari kemudian rendam dalam air kapur selama 3 jam.
3. Masak gula dan garam bersama sedikit air hingga mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan.
4. Toskan air kapur tadi kemudian masukkan hirisan cili padi, sam boi dan air gula ke dalan bekas berisi mangga. Gaul sebati.
5. Jeruk Mangga Asam Boi sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Comments

Leave a Reply