Skuter Mantap, KYMCO AK550 Kini Di Pasaran Tempatan, Tampilkan Kemampuan Perjalanan Jarak Jauh

Buat anda yang mungkin seorang pengguna kenderaan dua roda di kota besar seperti Kuala Lumpur, skuter pastinya menjadi pilihan utama. Ia lebih mudah dikendalikan dan juga lebih santai untuk digunakan sebagai kenderaan harian.

Terbaru, jenama skuter yang kian popular KYMCO menampilkan jentera terbaru yang lebih mantap, premium dan sarat spesifikasi terkini. KYMCO AK550 Premium dipasarkan di Malaysia menerusi Edara Modenas Sdn Bhd (EMOS) yang secara rasminya dilantik sebagai pengedar eksklusif mereka.

Pengenalan skuter terbaru ini menjadi salah satu manifestasi perjanjian strategik yang telah dimeterai kedua-dua pihak pada tahun 2016.

Ditawarkan pada harga permulaan pada RM65,600 model ini dijangka akan berada di beberapa di pengedar Modenas yang sah bermula Februari 2024.

KYMCO AK 550 hadir dengan enjin dwi-silinder sebaris, 4 lejang, DOHC, berpenyejuk cecair dengan kapasiti 550.4 cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 50.9 Hp pada 7500 rpm dan tork maksimum 52 Nm pada 6000 rpm.

Skuter ini dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti 15 liter, memungkinkan perjalanan jauh tanpa perlu sering mengisi bahan bakar. Kecekapan enjin dan kapasiti tangki yang besar menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan di dalam bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

AK 550 dilengkapi dengan ciri-ciri elektrikal canggih, termasuk mod kuasa elektrik yang membolehkan pemandu beralih antara mod kuasa penuh dan mod hujan.

Skuter ini juga dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar, memberikan keselamatan dan prestasi yang optimal. Sistem pencahayaan menggunakan LED untuk lampu hadapan, belakang, dan lampu isyarat, memberikan visibiliti yang luar biasa dalam semua kondisi.

Dilengkapi dengan klac basah dan transmisi automatik CVT, skuter ini menawarkan pengalaman berkendara yang lancar dan bebas repot. Transmisi ini juga mematuhi standard emisi Euro 4.

AK 550 mempunyai tayar depan berukuran 120/70 – R15 dan tayar belakang 160/60 – R15. Sistem Pengereman Canggih Berintelek (AIBS) meningkatkan keselamatan, dengan kaliper Brembo 4-piston dan dua cakera apung 270 mm di depan, serta kaliper dua-piston dengan cakera tunggal 260 mm di belakang.

Skuter ini mempunyai berat 238 kg, menjadikannya stabil ketika tunggangan dan mudah untuk dikendalikan.

Ketinggian tempat duduk adalah selesa pada 785 mm, dengan jarak roda 1,580 mm. Dimensi keseluruhannya (panjang, lebar, tinggi) adalah 2,220 mm, 795 mm, dan 1,494 mm.

AK 550 dilengkapi dengan suspensi belakang lengan ayun mendatar. Sistem suspensi inovatif ini menjamin kestabilan dan keselesaan di atas pelbagai jenis permukaan jalan.

KYMCO AK 550, dengan gabungan kecanggihan kuasa, teknologi, dan rekaan skuter ini bakal menjadi pilihan penggemar skuter maxi di Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Modenas selaku pengedar jenama skuter KYMCO di Malaysia dengan rasminya melancarkan skuter maxi premium, KYMCO AK550 Premium. #maskulin #maskulinauto #modenas #kymco #kymcoak550premium #kymcoak550 #maxipremium #fyp #fypシ ♬ original sound – Maskulin


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply