Tahniah diucapkan buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang selamat menimang cahaya mata keempatnya. Tambah manis lagi, si kecil itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bapanya iaitu pada 5 Januari lalu.
Menurut perkongsiannya, bayi kecil itu lahir beberapa minggu lebih awal dan kebetulan tanpa disangka jatuh pada hari kelahirannya.
“Syukur isteri yang tersayang @tyailyana memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna. Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga.
“Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan dan diikuti dengan doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar, maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu.
“Alhamdulillah syukur isteri dan baby sehat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt.
“Masyaallah Tabarakallah sekarang saya adalah ayah kepada 4 orang anak, semoga Allah swt memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban. I love you so much sayang ❤️,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelumba yang digelar The Pocket Rocket Man ini turut berkongsi pilihan nama buat anak keempat mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.
Nama indah, Amna Aseeya pula dipilih buat si kecil malah mempunyai makna yang cukup baik.
“Alhamdulillah baby ke-4 kami perempuan 💕. Kami berdua menamakannya dengan nama, AMNA ASEEYA.
“Amna, dalam bahasa Arab bermaksud keselamatan, perlindungan, keamanan. Manakala Aseeya, maksudnya penyayang. Juga nama isteri Firaun yang soleh, Aseeya binti Muzahim, yang hidup pada zaman Nabi Musa, seperti yang disebutkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Ia berasal dari kata A-S-A yang digunakan di beberapa tempat dalam Al-Quran.
“According to Hadith, she will be among the first women to enter Paradise. “The best of women among the people of Paradise are Khadija bint Khuwaylid, Fatimah bint Muhammad, Maryam bint ‘Imran, and ‘Asiyah bint Muzahim, the wife of Pharaoh.”
(Source: Musnad Aḥmad 2896)
“Semoga Allah memberkati anak-anak kita dengan kesihatan, dan ketakwaan dan ikatan kasih sayang,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, Azizul dan isterinya, Athiah Ilyana turut memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Amna Maryam, 12, Amna Khadeeja, 8, dan Amna Fateema, 2.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.