Rasakan Keajaiban ‘Bunyi’ Efek Rumah Kaca Secara Langsung Di Kuala Lumpur

Buat peminat atau pengikut muzik indie rock atau alternative rock, nama Efek Rumah Kaca (EFK) pastinya sudah tidak asing lagi buat anda. Jika anda ingin rasakan keajaiban bunyi yang sensasi, inilah band yang harus anda harus saksikan sendiri di depan mata.

Pada bulan Oktober tahun ini, ERK sekali lagi kembali ke Malaysia untuk konsert solo istimewa, “DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL”. Ia bakal diadakan pada 25 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Penganjuran konsert ERK kali ini dianjurkan oleh Shezco Sdn Bhd yang menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, penuh dengan alunan melodi dan suara khas dari ERK.

EFEK RUMAH KACA 3

ERK merupakan ikon dalam petam muzik terutamanya di Indonesia. Mereka dikenali dengan lirik-lirik yang mengusik jiwa dan bunyi yang unik. Selain itu, band ini telah menyentuh hati ramai orang dengan lagu-lagu yang sangat berhubung dengan pelbagai liku-liku kehidupan.

Mereka terdiri daripada Cholil Mahmud sebagai vokalis utama dan gitaris, Poppie Airil sebagai vokal latar, dan Akbar Bagus Sudibyo sebagai pemain dram.

Konsert kali ini, yang dinamakan “Di Udara,” mengambil inspirasi daripada salah satu lagu paling disukai oleh ERK.

BUKAN SEKADAR PERSEMBAHAN

Jelas mereka, nama ini menggambarkan intipati muzik band ini—melodi yang kekal dan terapung yang terus terngiang di minda pendengar lama selepas nota terakhir dimainkan.

Bagi ramai peminat, konsert yang akan datang ini bukan sekadar persembahan; ia adalah peluang untuk bertemu semula dengan band ini selepas penampilan terakhir mereka di Malaysia pada tahun 2022.

EFEK RUMAH KACA 4

Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan, penganjurnya Shezco Sdn Bhd, menawarkan diskaun 15% untuk pembelian tiket yang dibuat antara 22 Ogos hingga 31 Ogos 2024.

BACA: 10 Jam Pintar Mampu Milik Terbaik di Pasaran 2024

Diskaun ini tersedia untuk 50 pembeli tiket pertama yang membeli dua tiket berdiri. Dengan harga tiket bermula dari RM188 untuk tiket berdiri percuma hingga RM3500 untuk pakej Meet & Greet eksklusif, terdapat pilihan untuk setiap peminat merasakan keajaiban ERK secara langsung.

Jadi tandakan kalendar anda, ajak rakan-rakan anda, dan bersiaplah untuk malam yang penuh dengan muzik yang tidak dapat dilupakan.

Jangan lepaskan peluang unik ini untuk menyaksikan salah satu band paling berpengaruh di Asia Tenggara secara langsung di atas pentas.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply