Kalau suka makan cendawan celup tepung yang rangup, elok tanam sendiri cendawan ini. Memang mudah sangat, tak perlu ruang yang banyak pun. Nak tanam dalam rumah pun boleh.
Malah penjagaannya pun senang. Tariq Syahman yang turut menanam cendawan ini berkongsi cara penanaman dan penjagaannya.
Tanam cendawan tiram paling senang, dalam rumah pun boleh tanam
Patutnya cendawan tiram putih ini dituai lebih awal tapi saya terlupa. Pagi tadi tengok-tengok dah kedut-kedut dah keliling kelopak dia tu. Terus saya tuai cepat-cepat.
Cendawan ini kalau terlambat tuai memang akan kedut & ada warna kuning sikit pada batangnya. Kalau kita tuai pada masa yang tepat, kita akan dapat cendawan yang besar, gebu & putih melepak.
Tapi kalau terlambat tuai sikit macam ni, ok saja. Rasa dia tetap sama. Cuma dari segi kosmetik kurang sikit.
Penjagaan mudah
Sebelum ini saya pernah cerita, kalau kawan-kawan ada balkoni atau ruang redup kat rumah yang tak sesuai untuk tanam pokok, lebih baik bela cendawan kat situ. Penjagaannya pun mudah.
– Beli saja bongkah cendawan yang sudah matang. Boleh beli di Shopee. Lepas itu sediakan tempat yang sesuai. Cendawan sebenarnya tak perlu tempat yang gelap gelita. Cendawan ini cuma perlu tempat yang redup & ada aliran udara yang bagus.
– Kalau tempat panas, kena lah rajin sikit lembapkan kawasannya. Tapi kalau tempat tak panas sangat, letakkan tuala yang lembap pada bongkah pun dah cukup.
– Satu lagi benda best jika bela cendawan ini mungkin ramai tak tahu – kita boleh ON/OFF pengeluaran cendawan. Kalau nak OFF – kita cuma perlu tutup saja ‘mulut’ bongkah cendawan rapat-rapat. Kalau nak ON – kita cuma perlu buka balik.
– Bila mulut tertutup, bongkah tak akan keluarkan cendawan. Bila kita dah buka nanti, baru lah akan keluar semula.
Sebelum ini saya bercuti panjang, saya tutup semua bongkah walaupun ada yang tunjuk tanda nak ‘berbuah’. Lepas hampir 3 minggu ditutup, saya buka semula. Itu yang meriah je keluar semua.
Selamat mencuba
Sumber: Tariq Syahman
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.