KYMCO AK 550 Kini Di Pasaran Pada Harga Bermula RM65,600

Pelancaran AK550 Premium di Malaysia bukan sekadar pelancaran produk tetapi ia merupakan manifestasi perjanjian strategik yang telah dimeterai pada tahun 2016 di mana Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) secara rasmi dilantik sebagai pengedar eksklusif produk Kymco di Malaysia.

Secara rasmi Kymco AK550 telah masuk ke pasaran Malaysia melalui Modenas. Dengan harga permulaan pada RM65,600 model ini bakal ditawarkan di beberapa di pengedar Modenas yang sah bermula Februari 2024.

KYMCO AK 550 hadir dengan enjin dwi-silinder sebaris, 4 lejang, DOHC, berpenyejuk cecair dengan kapasiti 550.4 cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 50.9 Hp pada 7500 rpm dan tork maksimum 52 Nm pada 6000 rpm.

Skuter ini dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti 15 liter, memungkinkan perjalanan jauh tanpa perlu sering mengisi bahan bakar. Kecekapan enjin dan kapasiti tangki yang besar menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan di dalam bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

AK 550 dilengkapi dengan ciri-ciri elektrikal canggih, termasuk mod kuasa elektrik yang membolehkan pemandu beralih antara mod kuasa penuh dan mod hujan. Skuter ini juga dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar, memberikan keselamatan dan prestasi yang optimal. Sistem pencahayaan menggunakan LED untuk lampu hadapan, belakang, dan lampu isyarat, memberikan visibiliti yang luar biasa dalam semua kondisi.

Dilengkapi dengan klac basah dan transmisi automatik CVT, skuter ini menawarkan pengalaman berkendara yang lancar dan bebas repot. Transmisi ini juga mematuhi standard emisi Euro 4.

AK 550 mempunyai tayar depan berukuran 120/70 – R15 dan tayar belakang 160/60 – R15. Sistem Pengereman Canggih Berintelek (AIBS) meningkatkan keselamatan, dengan kaliper Brembo 4-piston dan dua cakera apung 270 mm di depan, serta kaliper dua-piston dengan cakera tunggal 260 mm di belakang.

Skuter ini mempunyai berat 238 kg, menjadikannya stabil ketika tunggangan dan mudah untuk dikendalikan. Ketinggian tempat duduk adalah selesa pada 785 mm, dengan jarak roda 1,580 mm. Dimensi keseluruhannya (panjang, lebar, tinggi) adalah 2,220 mm, 795 mm, dan 1,494 mm.

AK 550 dilengkapi dengan suspensi belakang lengan ayun mendatar. Sistem suspensi inovatif ini menjamin kestabilan dan keselesaan di atas pelbagai jenis permukaan jalan.

KYMCO AK 550, dengan gabungan kecanggihan kuasa, teknologi, dan rekaan skuter ini bakal menjadi pilihan penggemar skuter maxi di Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply