Ramai yang suka ke Kuala Terengganu sebab keindahan pantai dan makanan yang segar dan sedap. Pendek kata, semua tempat rasa berbaloi untuk disinggah.
Namun jika anda pertama kali nak masuk negeri ‘penyu bertelur’ ini, pasti rasa sukar nak cari tempat menarik. Jadi cuba baca pengalaman Puan Wan N Wan ini, mudah untuk bergerak bila dah tahu tempat makan dan bergambar. Nak beli ole-ole pun boleh!
Itinerary Ke Kuala Terengganu
Minggu lepas ke Kuala Terengganu. Entah kali ke berapa pun tak tahu. Tapi kali ni aku rasa agak berpuas hati dengan semua aktiviti yang aku buat dekat sana. Dari segi makan dan tempat aku explore.
16th Aug aku naik flight AA pukul 7.15am, sampai aja terus ke Warung Nasi Kerabu Pok Din untuk breakfast.
Memang puas hati dapat makan nasi kerabu yang cukup semuanya. Bezanya, kurang pedas aja sambal dia. Lain semua sedap.
Lepas makan, singgah tepi pantai dekat Miami Beach kejap.
Kemudian terus gerak ke Pulau Kekabu. Bila kau sejenis yang sukakan laut, tak kira berapa banyak tempat kau singgah pun kau tak kisah. Tenang. Mungkin sebab weekdays, jadi tak ramai orang. Cuaca pun mendung aja. Berjalan dari tempat parking sampai ke hujung tembok tu pun tak rasa penat.
Memandangkan esoknya nak ke Pulau Kapas, 1st night aku stay dekat Chalet Cik Su aja. Tak jauh nak ke Jeti Marang. Malamnya pergi makan dekat D’Suasane Ibai Restaurant.
Kebetulan masa sampai tu hujan renyai-renyai, jadi bolehlah pergi duduk dekat atas tu. Konon seronoklah dapat duduk atas sambil tengok orang dok kayuh swan (paddle boat), sekali kemain lebat hujan. Swan pun kena balik ke sarang semuanya. Makanan semua sedap-sedap. Kena dengan selera semuanya.
17th Aug, selesai breakfast terus ke Jeti Marang. Tujuan utama nak ke Bukit Singa & Blue Lagoon. Sampai aja dekat Bukit Singa, terus tengok track nak naik. Tapi tak usah risau lah.
Kalau aku boleh naik, kau orang mesti boleh naik juga. Kecuali kalau kau orang jenis gayat. Tak payahlah naik. Ruang dekat atas tu pun tak besar mana. Memang tak sesuai nak naik ramai-ramai.
Boatman pun cerita dah banyak kes orang jatuh dari bukit itu dan patah kaki bila dah ramai-ramai atas tu. Jadi, hati-hati kalau nak pergi.
Dah selesai bergambar semua, konon nak ke blue lagoon. Tapi tak ada rezeki sebab malam tu hujan kemain lebat, jadi air pun tak berapa cantik. Aku pun tak berapa berani nak turun memandangkan dari cerita boatman dekat situ ada shark & dia sendiri pernah nampak shark yang besar hampir sama besar badan dia. Moh lah kita ke Marine Park saja.
Dekat Marine Park ni, ikan memang dah tunggu kau siap-siap. Kemain banyak ikan. Coral pula pada aku boleh tahan lagi ok dari Redang & Perhentian. Mungkin sebab coral dia jauh lebih ke dalam dan kita tak dapat sentuh. Jadi, masih terjaga elok. Bezanya air tak berapa jernih sebabnya macam aku cakap tadilah. Hujan malam sebelumnya. Jadi cuaca tak berapa nak cerah sangat. Tapi still boleh nampak rumah nemo. Dory pun ada, agaknya tengah cari mana nemo pergi.
Selesai di Marine Park, lepaklah tepi pantai Pulau Kapas tu. Haa, mainlah air puas-puas. Air memang jernih. Ada lah sekor aku jumpa baby shark besar tapak tangan aku. Dalam 1.30pm gerak balik ke darat.
Terus gerak ke Grand Puteri Hotel untuk check in. Hotel ni dekat dengan semua benda. Nak makan mudah, nak pergi masjid depan tu aja. Boleh kata semua dekatlah. Petang tu rest aja dah penat kejar ikan. Malam tu makan di The Nelang Cafe. Sedap! Memang kalau datang lagi boleh repeat tempat makan ni semua.
18th Aug. Santai-santai aja. Hari Jumaat dekat Terengganu kau orang kena alert. Kedai akan tutup pukul 12.45pm sampai 2.30pm (kalau salah tolong betulkan).
Jadi, kena plan kalau nak pergi mana. Pagi tu saja ke KTCC Mall, pusing-pusing beli cookies kemudian balik ke hotel semula. Pukul 2.30pm baru keluar dan terus ke Muzium.
Sampai muzium, muzium tutup. Sudahnya ke Taman Tamadun Islam. Lepak di D Benteng,TTI. Terus makan celup tepung. Order dan diaorang akan goreng panas-panas. Sedapnya udang dan sotong goreng tepung. Udang yang besar tu pun RM10 sepinggan. Bihun goreng dia sedap.
6.00pm naik boat di Sekati Emas Boat Tour pusing Sungai Terengganu pula. Konon nak tengok sunset, awan pun mendung semendung hati aku tak dapat tengok sunset.
Oklah, dapat tengok masjid kristal & drawbridge dari sungai pula. Malam pun ada trip naik boat tu. Pilih saja nak pukul berapa.
19th Aug. Pagi tu makan nasi minyak John. Jalan kaki aja dari hotel 1 minit. Antara nasi minyak yang famous. Hari kerja, pukul 7.30am dah habis nasi minyaknya.
Selesai, terus gerak ke Pantai Angin Berbisik dekat Kampung Merchang. Dekat sini ada campsite. Kau orang boleh google Merchang Glamping Park kalau nak bermalam dalam khemah.
Aku just pergi area Pantai Angin Berbisik sambil dengar angin berbisik apa tak tahu. Macam biasa, tenang. Tak ada orang.
Malam tu makan di Salaza&Sons. Memang kali ni pergi semua tempat makan yang kena dengan selera. Kalau tak kena dengan selera, tak adalah naik berat badan sampai lebih 4kg.
20th Aug. Masa untuk baliklah. Lama-lama tempat orang, risau aku jadi belon balik. Aku naik flight Mas pukul 8.45am. Overall, kali ni agak berpuas hati ke KT.
Banyak lagi tempat dalam Malaysia ini yang cantik-cantik. Jadi, bolehlah kita plan untuk next trip.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.