Hias Ruang Tamu Ala Scandinavian, 8 Ciri Ini Patut Ada!

Dekorasi rumah gaya Scandinavian memang kena dan popular dengan orang Malaysia.

Ini antara beberapa idea dekorasi stail Scandinavian yang popular dan digemari ramai pereka dalaman rumah, jom tengok di bawah.

Hias Ruang Tamu Ala Scandinavian, 8 Ciri Ini Patut Ada!

  1. Kemasan dinding – Dinding Scandinavian selalunya lebih cantik dicat dengan warna pucat, nude colour atau rona urban yang tidak begitu ketara. Bayangkan persekitaran utara Eropah yang tidak terlalu terang, dilitupi salji dan berkabus.
  • Elakkan memilih kertas dinding dengan corak bunga-bunga atau belang-belang

  1. Sofa – Pilihan sofa yang mempunyai perisa ala 60an yang diberi cita rasa baru. Kaki daripada kayu panjang tirus. Tidak ada lengkuk mahu pun ukiran. Selalunya dibalut dengan fabrik polos pastel.
  • Elakkan kesilapan lazim yang cuba menggabungkan sofa moden kontemporari dalam tata hias ala Scandinavian.

  1. Meja kopi – Permukaan kayu yang cantik, pipih dan selalunya kakinya juga panjang tirus ringkas. Terdapat juga yang disertakan dengan kombinasi besi dan kayu. Manakala ada juga di datangkan dalam 2 serangkai meja kopi terutama ruang bersaiz kecil.
  • Jangan sesekali memilih meja kopi daripada meja ala oriental mahu pun kerawang dari negara Asia yang lain.

  1. Lampu meja –Lampu meja juga selalunya tidak lah begitu gah. Selalunya banyak menggunakan elemen besi tirus dan terendak polos. Peliknya lampu meja ala scandianavian ini umpama gaya moden zaman 50an – 60an.
  • Jangan pula terpengaruh dengan reka bentuk lampu meja Inggeris atau moden kontemporari.

 

  1. Ambal- Jika dekorasi lain megah dengan permaidaninya, Scandinavian pula lebih senang dengan ambalnya yang cantik dan ditenun rapi . Bagi yang mahal selalunya ditenun tangan dan mempunyai warna yang sederhana. Ada juga mempunyai corak geometri moden dan ada juga mempunyai corak tradisi setiap negara.
  • Jangan pula anda dengan yakin membentang tikar  buluh atau permaidani Parsi walaupun ada yang berwarna samar di pasaran.

 

  1. Lampu gantung merupakan salah satu kelengkapan penting dalam dunia dekorasi Scandinavian. Jadi rekaan yang tersendiri dan geometrikal sememangnya memberi satu identiti kepada tata hias seumpama ini.
  • Jangan terkejut ada di antara lampu gantung Scandinavian tidak mempunyai sarung pun dan hanya segugus mentol yang dibiar bebas tanpa sarung atau sangkar. Elakkan lampu candalier yang terlalu sarat.

 

  1. Salah satu perabot yang dikatakan mesti ada di sebuah kediaman adalah sideboardnya. Sudah semestinya kaki kabinet ini lebih panjang rencong dan tempatkan pada pinggir kawasan yang kurang popular bagi sebuah ruang tamu.
  • Kalau boleh jangan tinggalkan kabinet seumpama ini. Cuba dapatkan agar tata hias mu lebih sempurna.

Bagi yang sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah impian mahupun tempat bekerja mungkin idea dekorasi stail Scandinavian ini dapat penuhi citarasa anda. Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!
Mesti Baca:Cara Mudah Tanam Kobis dalam Pasu Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik:10 Tip WAJIB Tahu Untuk Yang Baru Nak Mula Bina ‘Kitchen Garden’

Sumber : Veranda

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply