Lama sangat tak masak kat rumah sampai bawang dalam bakul pun dah naik tunas. Mesti ada yang macam ni kan!
Bawang yang dah naik tunas atau ‘jambul’ ini elok terus saja tanam untuk hasilkan daun bawang. Cara penanamannya dikongsi oleh Weekenbaker ini, boleh guna botol mineral kalau tiada pasu.
Cara tanam bawang yang dah bertunas
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Caranya:
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, boleh guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Tunas atau jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Selamat mencuba
Sumber: Weekenbaker
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.