Sejak kembali bergelar isteri buat kali kedua pada 5 Januari lalu, aktivis dan personaliti media sosial Farah Lee dilihat berseri-seri dan sangat bahagia di samping suami baru.
Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan tempoh yang singkat.
Banyak cabaran dihadapi oleh Farah apabila harus membesarkan anaknya, Maream Esaabel seorang diri.
Kini, Farah tidak lagi berseorangan apabila selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Fuad Hashim yang merupakan seorang pelumba kuda handalan.
Terdahulu, Farah telah berkongsi berita pernikahan kali keduanya di Instagram.
Majlis bertemakan klasik itu berlangsung dalam suasana ringkas yang hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara terdekat dan beberapa kenalan rapat.
View this post on Instagram
Terbaharu, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, berkongsi bagaimana detik pertemuan dengan suaminya Fuad. Jodoh memang tak salah alamat.
View this post on Instagram
“Punyalah travel 40 negara cari jodoh, rupanya tengah tunggu kat kampung sebelah. Pastu ingatkan jatuh kuda je, rupanya terjatuh cinta sekali. Hiks..
“Tahun 2023 saya doa nak kahwin tahun 2024.”
View this post on Instagram
Menurut Farah, bukan mudah untuk kembali membuka hati setelah tujuh tahun menjadi ibu tunggal anak satu.
Apa pun kalau dah jodoh tak ke mana, kan?
Rupa-rupanya jodoh Farah ada di depan mata. Sesungguhnya aturan Allah SWT itu sangat indah.
Malah, Farah sendiri tidak menyangka doanya untuk dibukakan hati kembali menerima jodoh termakbul.
“Semua orang tanya nak kahwin dengan siapa? Saya jawab entahlah, belum jumpa. Takpe doa dulu, supaya saya slow2 belajar untuk buka hati balik. Bla bla bla.. one year fast forward, first Jumaat 2024 terus saya kahwin. Haa tak dan dan kan.
“Bukan korang je terkejut, diri saya sendiri pun terkejut dengan berita perkahwinan ni kahkah..”
Dalam pada itu, Farah turut berkongsi dengan para pengikutnya amalan berdoa yang diamalkan.
“Mintalah apa yang korang nak, be specific with your doa, yet at the same time lapangkan hati untuk terima apa yang Allah takdirkan sebab Dia sentiasa tentukan yang terbaik untuk kita. Tapi always, be specific with your doa.”
Di akhir tulisannyaa, Farah sempat berseloroh tentang suaminya yang dianggap sebagai seorang yang pemalu dan introvert.
“Anyway Fuad ni sangatlah introvert dan pemalu, tak sure adakah Fuad memang be specific with his doa untuk dapat isteri opposite yang macam mengarut2 cani hmm apa2 pun #goodluckFUAD”
Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.
Kredit Foto: Instagram Farah Lee
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.