Petua Goreng Hati & Pedal Ayam Supaya Tidak Meletup

Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya…

Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.

 

CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AYAM AGAR TIDAK MELETUP

Apa yang anda perlukan ialah:

1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.

2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.

3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.

4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan  meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Daging Asam Kunyit. Lauk Ringkas Yang Sangat Sedap

Sedapnya… Jom Cuba Resipi Puding Kastard Koktail Mudah Ni

Resipi Abok Abok Sagu Mudah, Sukat Guna Cawan Je

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply