Resipi Air Asam Kunyit Guna Bahan Basic. Banyak Khasiat & Senang Buat

Air Asam Kunyit ini sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan. Jika anda sentiasa rasa kurang bertenaga, lesu, lemau dan kerap mengantuk, bolehlah cuba amalkan minuman ini. Saudari Ct Mazni ada kongsikan resipi yang menggunakan bahan ‘basic’ sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.

 

CARA MEMBUAT AIR ASAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg kunyit hidup – sagat/kisar
  • Segenggam temu kunci – ketuk
  • 1/2 genggam asam jawa
  • 1 biji gula melaka
  • 4.5 liter air
  • 1/3 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan kunyit. Kemudian sagat atau kisar kunyit tadi.

2.Ketuk temu kunci biar sedikit hancur.

3. Masak air dan masukkan semua bahan. Biarkan mendidih.

4. Bila sudah pekat, boleh tutup api.

5. Tapis dan bolehlah simpan dalam bekas yang bersesuaian.

CARA MINUM:

  • Untuk menikmati Air Asam Kunyit adalah, panaskan dan boleh diminum ketika hangat.
  • Ia sesuai untuk lelaki, Wanita, ibu pantang bersalin, perempuan yang sedang hadi dan keguguran.

 

KHASIAT AIR JAMU ASAM KUNYIT:

  • Menghilangkan sakit-sakit badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan lemak dalam badan
  • Memberi tenaga
  • Membuang angin dalam badan
  • Melancarkan darah haid & nifas
  • Merawat masalah senggugut
  • Menghilangkan bau-bau badan
  • Memberi kecergasan tubuh
  • Melawaskan pembuangan

 

Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.

ANGGARAN KOS:

  • Kunyit hidup (RM6/kg)
  • Temu kunci (RM10/kg)
  • Asam jawa (RM3.5/500g)
  • Gula Melaka (1biji/RM0.70)

 

 

Kredit resipi & foto: Ct Mazni

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply