Anda suka makan sawi jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, anda terpaksa belinya di pasar. Kadang kala ragu juga mengenai status halal sawi jeruk ini, tahap kebersihan dan proses pembuatannya. Kini, anda boleh hasilkan sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ija Honey ni. Pasti sedap.
RESIPI SAWI JERUK HOMEMADE YANG DIYAKINI HALAL GUNA 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1kg sawi (Kai Choy)
Garam kasar secukupnya – beli online disini
CARA-CARA:
1.Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan.
2. Lumur garam kasar pada seluruh kelopak sawi.
3. Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam.
4. Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.
BAHAN AIR RENDAMAN / AIR PERAPAN:
3 liter air
500gm garam
3 sudu makan tepung beras – beli online disini
Serbuk kunyit – beli online disini
CARA MENJERUK:
1. Masak air dan garam. Bila air telah mendidih, tutup api dan sejukkan.
2. Bila air garam telah sejuk, masukkan kunyit serbuk dan tepung beras. Kacau hingga larut.
3. Ambil sawi yang telah dikeringkan tadi. Rendam dalam air perapan.
4. Perap selama seminggu dan jadilah sawi jeruk. Bolehlah digunakan dalam masakan.
Kredit resipi & foto: Ija Honey
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.