Tuna Puff Hanya Guna Roti Paratha Sesuai Untuk Hidangan Anak-Anak

Cuti sekolah sudah bermula. Biasalah mak-maklah insan yang paling sibuk memikirkan menu untuk anak-anak makan.Nak mudah dan cepat, boleh buat menu ni. Hanya guna tiga bahan saja.Nasib baik ada lagi Roti paratha dalam peti sejuk.Perut yang lapar jika dihidang dengan menu ni, confirm licin sepinggan. Roti Paratha bakar kosong pun dah sedap.
Gebu roti tu jadinya.Untuk kesedapan inti tuna, tu boleh adjust ikut citarasa masing-masing.

TUNA PUFF

Bahan-bahan:

Roti Paratha
Tuna/sardin
Telur

Cara membuat:
1. Gunakan roti paratha.


2. Letak satu keping roti.Hiriskan kiri kanan dan tinggal kosong di tengah untuk inti tuna.


3. Letakkan tuna / sardin (saya guna tuna sandwich dalam tin)

4. Lipat ikut gambar di bawah


5. Masukkan dalam air fryer


6. Bakar pada suhu 170°c 10 minit, balikkan puff,tambah masa 7/5 minit lagi bergantung pada air fryer masing-masing.

Kredit:Shai Anne Ahemed

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply