Bila sebut mengenai Puding Roti Karamel, pasti ramai yang menggemarinya. Manisan yang satu ini sangat digemari ramai tidak kira tua atau muda.
Seiring dengan keenakannya, puding ini juga sangatlah mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Paling sempoi. Yang baru pertama kali cuba pun pasti elok je hasilnya. Anti gagal!
Bahan asas hanyalah roti dan telur serta wajiblah ada gula untuk dijadikan caramel. Jika anda kurang menggemari sajian manis tapi teringin sangat nak rasa, boleh ubah suai kemanisan mengikut selera masing-masing.
Jom cuba buat Puding Roti Karamel sedap menggunakan resipi perkongsian saudari Tuan Adrianna Arissa ni. Dijamin puas hati.
CARA MEMBUAT PUDING ROTI KARAMEL PALING MUDAH & DIJAMIN SEDAP
BAHAN A (KARAMEL):
4 sudu makan gula
3 sudu makan air
BAHAN B:
5 keping roti (buang tepi dan carikkan)
5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
1 tin susu cair – beli online disini
3/4 tin susu pekat – beli online disini
1/2 tin air masak (sukat guna tin susu cair)
CARA MEMASAK:
1.Untuk membut karamel, cairkan gula dan air di dalam kuali. Guna api kecil.
2. Kemudian tuang dan ratakan ke dalam loyang yang hendak dikukus. Ketepikan.
3. Seterusnya kisar semua bahan B dan masukkan ke dalam karamel tadi,
4. Kukus selama 30-40 minit. Angkat dan biarkan puding seketika.
5. Bila puding telah sejuk, baru terbalikkan dan keluarkan dari loyang. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Tuan Adrianna Arissa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.