Asam Pedas Johor, Buat Pekat-pekat Makan Dengan Nasi Putih. Kuah Banjir Boleh Hirup Sampai Licin

Asam Pedas Johor sememangnya berbeza dengan asam pedas negeri lain. Kuahnya yang lebih merah dan pekat berbanding asam pedas Melaka yang agak cair. makan asam pedas macam ni dengan nasi putih dan sambal belacan pun dah cukup.

Satu lagi keistimewaan asam pedas Johor adalah sayur sawi jeruk yang diletak di dalam kuah berbanding sayur bendi atau terung yang biasanya diletakkan dalam asam pedas lain.

Dapat makan masakan ini lepas tu letak kuah banyak-banyak memang sangat menyelerakan. Gunakan ikan merah, ikan besar, ikan jenahak atau pari, semuanya sedap dan membangkitkan selera.

Ada orang suka kuah asam pedas pekat memang terbaik bila gaul dengan nasi putih. Resipi kali ini menggunakan asam keping untuk rasa masam dan halba memberi lebih rasa.

ASAM PEDAS JOHOR

BAHAN KISAR:

  • Lada kering
  • 3 biji bawang merah ros
  • 3 ulas bawang putih
  • Udang kering (lebih sedap dari belacan)
  • 1 biji halia (besar ibu jari)
  • 2 biji kunyit hidup (besar ibu jari)

BAHAN TUMIS:

  • 2 batang serai
  • 1 sudu teh halba

BAHAN LAIN:

  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Asam keping
  • Tomato
  • Ikan besar

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus semua bahan kisar.
  2. Panaskan minyak panas. Tumis bahan serai dan halba.
  3. Masukkan bahan yang sudah dikisar halus. Tumis hingga pecah mkinyak.
  4. Perasakan dengan gula.
  5. Masukkan bunga kantan, daun kesom & asam keping. Biarkan mendidih.
  6. Kemudian masukkan ikan pilhan anda.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan biar ikan masak.

Tips nak kuah pekat merah berkilat:

  1. Lebihkan lada kisar untuk pekat.
  2. Lebihkan minyak semasa menumis.
  3. Letak gula semasa tumis lada, gula bantu pekatkan dan cantikkan warna lada jadi lebih merah.
  4. Ikan masukkan bila warna kuah asam pedas dah merah menggelegak, minyak dah naik

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Fyza Shah

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Pais Tempoyak Ikan Patin. Masak Macam Ni Isi Lebih Sedap & Lembut

Ikan Selar Masak Berlada Satu Hidangan Dah Cukup. Makan Dengan Nasi Panas Tak Perlu Lauk Lain Dah

Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply